cinta

Aku telah masuk ke Masjid di Damsyik (Syria), ketika itu aku melihat seorang lelaki yang giginya bercahaya (suka tersenyum) dan panjangnya diam (pendiam). Manusia mengeremuninya, apabila orang ramai bercanggah pendapat, mereka akan menyandarkan (persoalan itu) kepadanya, dan meminta pendapatnya. Lalu akupun bertanya (orang ramai) tentangnya, lalu ada orang berkata kepadaku: “Dia adalah Muaz bin Jabal”. Lalu keesokkan harinya, aku datang awal ke masjid, lalu aku mendapati dia telah mendahuluiku. Aku lihat dia sedang menunaikan solat. Akupun menanti dia menyelesaikan solatnya. (Setelah dia selesai bersolat) Akupun mendekatinya dari hadapannya. Aku memberi salam padanya dan berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah”. Dia bertanya: “Benarkah kerana Allah?” Aku menjawab: “Ya! Kerana Allah”. Dia bertanya lagi: “Benarkah kerana Allah?” Aku menjawab: “Ya! Kerana Allah!” Dia bertanya lagi: “Benarkah kerana Allah?” Aku menjawab lagi: “Ya! Kerana Allah!” Diapun memegang belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya. Lantas dia berkata: “Bergembiralah! Kerana aku pernah mendengar Rasulullah berkata: Allah telah berkata: Aku telah mewajibkan kecintaanKu bagi orang yang saling mencintai keranaKu, dan orang yang duduk keranaKu, dan orang yang saling menziarahi kerana Aku, dan orang yang saling hadiah menghadiahi keranaKu.”

[Direkodkan oleh Malik]