Keadaan hidup kita ini cukup menghairankan. Hidup kita bukanlah selamanya, ia terhad dan mempunyai tempoh tertentu. Tetapi, kebanyakan kita menyangka mampu hidup dengan angan-angan yang terlalu panjang dan infiniti.

Kita mencintai sesatu dengan sepenuh hati, sehinggakan apa sahaja yang berkaitan dengannya dianggap baik seolah tiada cacat cela lansung dalam perkara tersebut. Jikapun perkara yang kita sukai itu  terdapat keburukan padanya, nescaya kita akan mempertahankan bahawa ia tetap cantik dan molek!

cinta fanatik

Sebahagian umat Islam meninggalkan kenikmatan dunia atas alasan cintakan Allah Taala. Demi Allah! Alasan ini tiada asas dan menyimpang.

Pernah terjadi di zaman Rasulullah ; Abdullah bin `Amr bin al-`Ash pernah ditegur oleh Rasulullah. Baginda berkata:

Maksudnya:

“Wahai Abdullah! Tidak benarkah cerita yang disampaikan kepadaku bahawa engkau telah berpuasa disiang hari (tanpa berbuka) dan mendirikan ibadah malam hari (tanpa tidur)?” Abdullah menjawab: “Benar, wahai Rasulullah.” Lantas Rasulullah berkata: “ Janganlah kamu lakukan begitu. Berpuasa dan berbukalah, beribadahlah dimalam hari dan tidurlah. Sesungguhnya tubuh badan kamu mempunyai hak terhadap kamu, mata kamu mempunyai haknya terhadap kamu, isteri kamu mempunyai haknya terhadap kamu, dan tetamu kamu juga mempunyai hak terhadap kamu.”

[Direkod oleh al-Bukhari]

Andai kita membenci sesuatu pula, kita membencinya dengan sesungguhnya. Apa sahaja yang berkaitan dengannya dianggap buruk, seolah tiada lansung kebaikan dalam perkara tersebut.

Ibnu Taimiah dibenci oleh sebahagian orang, sehinggakan dia dilebel sesat dan kafir. Bahkan, dia terpaksa menghabiskan nyawanya di dalam penjara akibat benci yang tiada asas dan prinsip! Sedangkan Ibnu Taimiah adalah tokoh ulama umat Islam yang unggul, ilmunya tersebar, kefahamannya terperinci dan kefahamannya terhadap agama Allah amat jelas.

Demikain jugalah dugaan yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah, Imam al-Banna, Syeikh Muhammad Abduh, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi, dan ulama-ulama umat Islam selainnya.

Sikap ini tidak dipunyai oleh orang yang mencintai kebenaran, membenci keburukan, dan mempertahankan prinsip kemurnian (Islam). Mereka akan bertegak dalam prinsip kebenaran dan ketulinan fakta.

Inilah methodologi Islam. Adil dalam setiap perkara. Seandainya suatu perkara itu elok, baik dan mulia dalam pandangan Islam, maka ia kekal cantik, namun jika telah terbukti keburukannya maka ia tetap dikatakan buruk tanpa dinafikan kebaikan-kebaikannya.hearts1

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang adil. Supaya kamu layak menjadi saksi kepada manusia, dan Rasul (Muhammad) pula akan menjadi saksi bagi perbuatan kamu.

[Al-Baqarah: 143]

Dr. Musthafa as-Sibaii pernah memberi nasihat dalam buku beliau: Akhlaquna al-Ijtimaiah:

“Sesunguhnya jalan yang kita lalui penuh dengan kesusahan. Sesungguhnya kehidupan kita penuh dengan bahaya dan kesulitan. … dan musuh kita banyak dan sentiasa berjaga. Kemampuan kita pula sentiasa bertambah dan bercambah… janganlah berlebihan dalam memberi hadiah kepada orang yang terbaik, dan jangan pula sangsi kepada keikhlasan orang yang bekerja (untuk Islam). Janganlah habiskan masa kamu dengan perdebatan bersama individu-individu dan orang yang baru mula belajar. Perdebatan yang menggelapkan kesan-kesan kebenaran, dan mengalir keluarnya sudut kebenaran…. Percayalah bahawa kebahgiaan dalam hidup bermasyarakat dan kunci istiqamah (berterusan) pada akhlak peribadi, perhubungan-perhubungan dan persahabatan adalah terkandung dalam firman Allah”:

Maksudnya:

Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan suatu tanggungjawab melainkan sekadar kemampuan seseorang itu. Apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat sebarang keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu mempunyai hubungan kerabat (dengan kamu). Sempurnakanlah perintah-perintah Allah, kerana dengan itulah kamu diperintahkan. Moga-moga kamu beringat (mematuhinya).

Sesungguhnya, inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus. Maka hendaklah kamu menurutinya dan jangan sesekali jalan-jalan (selain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu dari jalan Allah. Dengan itulah kamu diperintahkan. Moga-moga kamu bertaqwa.

[Al-An`aam: 152-153]

Fanatiklah kepada kebenaran kerana ia akan membawa manusia kepada Allah Taala.

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf yer kalau ada salah2… Winking smile