Kepercayaan kepada para nabi dan rasul hanya akan hadir setelah kepercayaan atas uluhiyah Allah Taala. Iman kepada uluhiah adalah meyakini hanya Allah sahaja yang layak disembah dan diperhambakan. Iman terhadap nabi dan rasul adalah akar-akar yang menyusul dan menguatkan sebatang pokok uluhiyah.

Seseorang yang menggelar dirinya sebagai seorang Islam wajib beriman terhadap wujud dan benarnya nabi-nabi utusan Allah, ia adalah prasyarat utama dalam memahami Islam.

jalan iman

Rasulullah berkata:

Maksudnya:

(Rukun iman adalah) kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan kamu beriman dengan ketentuan (Qadar) baik dan buruk.

[Direkod oleh Muslim]

Berdasarkan hadith di atas, Islam tertegak atas enam rukun asas:

(1)              Kepercayaan kepada Allah

(2)              Kepercayaan kepada kitab-kitab Allah

(3)              Kepercayaan kepada para malaikat

(4)              Kepercayaan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul

(5)              Kepercayaan kepada Hari Kiamat

(6)              Kepercayaan kepada Qada` dan Qadar

Keenam-enam perkara diatas tidak boleh dipilih atau hanya di ambil sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain, ia perlu di ambil secara keseluruhannya. Jika keenamnya masih diragui, maka seseorang itu masih belum layak digelar seorang yang beriman dengan akidah Islamiah.

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Katakanlah (wahai orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya`qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diturunkan kepada Musa (Taurat) dan Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun dari mereka, dan kami semua berserah diri kepada Allah secara mulak.

[Al-Baqarah: 136]

Firman Allah juga berbunyi:

Maksudnya:

            Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada Allah dan utusan-utusanNya, dan (orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan utusan-utusanNya, dan (orang yang) berkata: “Kami beriman kepada sebahagian utusan-utusan itu dan mengingkari sebahagian yang lain”, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu.

            Mereka itulah orang kafir yang sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang kafir itu azab siksa yang sangat hina.

[an-Nisaa`: 150-151]

            Para ulama tafsir (al-Mufassirun) telah menyebutkan bahawa ayat yang kedua ini diturunkan atas perihal orang Yahudi dan Kristien yang hanya beriman mempercayai nabi-nabi disisi mereka sahaja dan menafikan kenabianNabi Muhammad dan yang lain-lain. Ini telah menjadikan pengingkaran mereka terhadap sebahagian nabi telah menyebabkan pengingkaran kepada keseluruhan nabi kerana ia tidak sempurna, cacat dan tidak mungkin dapat diiktiraf.

Qatadah berkata:

Yahudi dan Kristien itu adalah musuh-musuh Allah. Yahudi hanya mempercayai kitab Taurat dan nabi Musa serta mengingkari kitab Injil dan nabi Isa. Manakala Kristien pula mempercayai Isa dan Injil serta mengingkari al-Quran dan Muhamma s.a.w. Mereka semua telah meninggalkan agama Allah (Islam) yang dibangkitkan setiap rasul dengannya.” (Tafsir at-Thabary)

Allah Taala telah memuji orang beriman kerana mereka mempercayai keseluruhan rasul tanpa mengingkari seorang pun.

Firman Allah:

Maksudnya:

Dan orang yang beriman kepada Allah dan utusan-utusanNya, dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorangpun di antara utusan-utusan itu, (maka) mereka yang demikian itu Allah akan memberi pahala kepada mereka. dan (ingatlah) Allah maha pengampun, lahi maha mengasihi.

[An-Nisaa`: 152]

Demikian juga, kita diwajibkan untuk beriman bahawa semua para utusan Allah itu telah menjalankan amanah mereka  dan menyampaikan seluruh perintah Allah sesuai dengan kehendak Yang Maha Esa.

            Ulama umat Islam diseluruh zaman telah bersepakat bahawa siapa sahaja yang mengingkari para utusan Allah, sama ada seorang atau kesemuanya telah menjadi kafir lantaran hujah al-Quran dan hadith telah jelas dalam perkara tersebut.

utusan langit

(buku ini masih dalam penulisan)