Skop kefahaman metodologi Usrah menurut Ikhwan Muslimin dijelaskan dengan terang oleh Imam al-Banna r.h.:

“Motodologi ini wahai al-Ikhwan, memberi manfaat kepada kita dan berfaedah kepada dakwah dengan kekuasaan dan kekuatan Allah. Metodologi ini akan mengumpulkan anggota al-Ikhwan yang tulin, akan menjadikan kemudahan dalam perhubungan dengan mereka, membawa kepada teladan yang tertinggi dalam dakwah, akan menguatkan hubungan, mengangkat (darjat) persaudaraan kalian dari peringkat kata-kata dan kajian kepada peringkat tindakan dan amalan, sepertimana yang telah berlaku secara praktikal pada sebahagian usrah-usrah yang terjadi kepada sebahagian anggotanya, dan akan sebentar lagi akan berjaya mendapatkan semula moda para Ikhwan (sedangkan sebelum ini) yang tiada apa-apa.Berpeganglah wahai Ikhwan kepada  menjayakan metodologi ini dalam lingkaran kamu, nescaya Allah akan menolong kalian!”

usrah1

Setelah itu, al-Banna berkata:

“Seandainya kamu semua mahu melaksanakan kewajipan fardiah, ijtimaiah, dan maliah ini, nescaya kerangka metode ini perlu dilaksanakan tanpa syak. Seandainya kamu semua memperkecilkannya, nescaya kamu akan gagal sehingga mati, kematian yang disertai kerugian yang cukup besar buat dakwah ini,…...”

Dari kefahaman inilah, Ikhwan Muslimin telah mengarap skop yang cukup teliti dalam pembentukan Usrah bagi pergerakan mereka. Ia seperti berikut:

(1)              Metodologi Usrah merupakan metodologi Islam yang membawa kepada (pembentukan) setiap individu-individu kepada contoh teladan terbaik.

(2)              Menguatkan ikatan antara individu, secara khususnya ketika memperingati sesama mereka bahwa rukun Usrah adalah at-Ta`aruf, at-Tafahum, dan at-Takaful.

(3)              Mengangkat (darjat) persaudaraan setiap individu dari peringkat kata-kata dan kajian kepada peringkat tindakan dan aplikasi.

(4)              Usrah adalah wasilah (jalan) bagi memudahkan perhubungan antara individu-individu yang ikhlas berdakwah dengan kesatuan ini.

(5)              Usrah adalah satu wasilah bagi membina modal-modal Ikhwan, ia menampakkan kemampuan ekonomi yang berkembang.

(6)              Bersatu dalam sistem ini adalah wajib bagi setiap yang mengikat diri dengan jamaah Ikhwan Muslimin.

(7)              Metode ini seumpama otot bagi jamaah secara fardi, ijtimai, dan mali. Jamaah adalah harapan kepada Islam dan umatnya.



Rujukan:

وسائل التربية عند الاخوان المسلمين

Dr. Ali Abdul Halim Mahmud,

Ulama al-Azhar.