logo

Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menerima berita gembira atas kemenangan besar para Mujahidin menentang kelompok al-Qazzafi (Gaddafi) dalam petempuran di Bandar Sirt,sehingga terbunuhnya pemimpin zalim Ma`ammar al-Qazzafi.

Allah berfirman:

Maksudnya:

6. (Kami tetap akan membinasakan orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah Engkau perhatikan, Apakah yang Tuhan kamu telah lakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

7. Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

8. Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

9. dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura Iaitu tempat tinggalnya)?

10. dan (terhadap) Firaun yang Menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

11. (semuanya itu ialah) orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

12. lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

13. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

[Al-Fajr: 6-14]   

Justeru, Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyatakan seperti berikut:

[1] Kesatuan mengucapkan tahniah kepada rakyat Libya, pendokong revolusi 17 Februari, Majlis Rakyat Libya, masyarakat Arab, dan kepada umat Islam di atas kemenangan yang telah direalisasikan oleh Allah Taala setelah kesungguhan para pendokong revolusi dicurahkan.

[2] Begitu juga, Kesatuan memuji sebahagian n-negara Arab dan negara-negara Islam yang berani bersama Revolusi di Libya, sejak dari mula sehingga ia sempurna direalisasikan.

[3] Kesatuan menyeru para saudara di Libya supaya menyatukan kembali barisan-barisan mereka, dan mengumpulkan pendangan-pandangan mereka sendiri bagi membangunkan semula Libya dalam semua bahagian, serta bagi menjamin kemerdekaan, keamanan dan kemuliaan   rakyat Libya, supaya dapat meletakkan peranannya seperti negara-negara lain dalam dunia.

Firman Allah:

Maksudnya:

40. Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong sebahagian manusia menentang pencerobohan sebahagian yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong agamaNya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Beruasa; -

41. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

[Al-Hajj: 40-41]

 

Doha: 22 Dzulqaedah 1432H

 

Prof. Dr. Ali al-Qaradaghi                                      Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

(Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia)                       (Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia)

_____________________________________________

Diterjemah oleh: Syihabudin Ahmad MY, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar.

Sumber: Laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (link)