12 strategi elak bisnes gagal_final

Cinta adalah naluri rahsia manusia yang tidak boleh dicuri ataupun dihukum. Perasaan itu lahir atas kecenderungan tertentu yang terdapat dalam diri manusia. Ia sesuatu yang indah dan mendamaikan. Malangnya, realiti kini menyaksikan betapa parahnya kefahaman umat Islam terhadap nilai cinta dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, buku ini digarap bagi menjelaskan persoalan cinta dan kandungan-kandungan penting yang perlu ada pada sesebuah cinta sebenar.

Menariknya, buku ini digarap atas landasan al-Quran dan As-Sunah berdasarkan kefahaman para cendekiawan Islam yang unggul. Selingan hukum fikah yang popular sekitar permasalahan cinta juga dipaparkan.

Bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam menilai fakta, buku ini menampilkan keterangan sumber dan komen-komen darjat sesuatu hadis Rasulullah SAW. Walaupun begitu, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan Malik tidak dikomen kerana mengambil pendapat ketiga-tiganya adalah sahih. Manakala hadis-hadis daripada riwayat yang lain pula akan dikomen.

Semoga penulisan ini memberi manfaat sepenuhnya buat umat Islam dan menjadi hujah yang membantu penulis serta keluarga di akhirat kelak.

 

Syihabudin Ahmad MY,

Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir.