Izrail hadir tanpa dipinta. Ia memberi salam tanpa ketukan pintu. Apabila ia sudah berada di depan mata, tiada siapa dapat menghalau pelaksana tugas Yang Maha Esa.

afif

Baru semalam sahabat saya Muhd Khairul Afif bin Ghazali menerima berita kematian datuknya, hari ini.. beliau di uji lagi dengan berita kematian neneknya pula.. benarlah, kematian itu adalah ujian dari Allah. Andai kita tidak menguruskannya dengan baik, boleh saja kita meraung, dan meratap kematian - walaupun Islam melarang berbuat demikian.. dan ada juga yang akan mempertikaikan suratan takdir Illahi.. namun, Iman adalah puncak kesabaran hamba yang patuh dan taat.

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Allah-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

[Al-Mulk: 2]

Iman membawa keajaiban kepada manusia. Menukar cara berfikir manusia.Iman juga membawa manusia sentiasa bersikap positif terhadap segala ujian dan cabaran dalam kehidupan.

Rasululah saw pernah berkata:

Maksudnya:

Ajaibnya urusan orang beriman, seluruh amalannya adalah baik sahaja. Ianya tidak berlaku melainkan hanya kepada orang beriman. Sekiranya dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur- itu amat baik buatnya. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar- itu juga amat baik buatnya.

[Direkod oleh Muslim]

Justeru, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan takziah diatas pemergian kedua anggota keluarga Saudara Mohd Khairul Afif bin Ghazali.. semoga Allah menerima amalan datuk dan nenek, dan segala amalan mereka yang ditinggalkan dimuka bumi ini akan terus menjadi modal pahala di Akhirat kelak.

Takziah.