Dr Muhammad Gaudah, anggota Jabatan Ekonomi parti Kebebasan dan Keadilan berkata: “Sesungguhnya parti mempunyai program ekonomi yang lengkap bagi merealisasikan matlamat perkembangan ekonomi negara Mesir, yang akan menjadikan ekonomi Mesir lebih baik dari Malaysia dan Turki sekarang dalam tempoh masa tujuh atau lapan tahun – Insyaallah.”
01_12_11_04_31_شعار حزب الحرية والعدالة
Gaudah juga menjelaskan fokus utama program ini adalah bagi menghormati kebebasan ekonomi secara keseluruhan, serta menghormati (hak) pemilikan harta yang berbagai, juga bagi membangunkan Negara yang kuat yang menjamin kebebasan persaingan ekonomi dan juga menghalang perlakuan monopolisme, serta melindungi golongan miskin.
Gaudah juga menegaskan, sekitar penyertaannya dalam rundingan kesatuan perkilangan bersama parti Kebebasan dan Keamanan, bagi membicarakan permasalahan ekonomi Mesir bagi peringkat akan datang, bahawa inspirasi ekonomi hanya boleh direalisasikan dengan keamanan dan keselesaan politik bagi memastikan pengekalan pembangunan yang menyeluruh.
Dr Muhammad Gaudah menjelaskan bahawa antara fokus utama parti dalam program pembangunan ini adalah apa yang dinamakan sebagai : Ekonomi Kenal Kemanusiaan, yang disandarkan kepada wang masuk dari cara perkilangan software dan teknologi sepertimana yang telah dilaksanakan India yang menghasilkan tidak kurang 160 million dolar software dan teknologi. Begitu juga Negara Jepun yang bergantung pada tenaga manusia sehingga menjadikan ia negara ekonomi kedua terkuat selepas China.
…….
Kenyataan penuh, sila rujuk link berikut : Kesatuan Ulama Islam Sedunia
__________________________________
Diterjemah oleh :
Syihabudin Ahmad MY, Mas`ul Pertubuhan Belia Halaqah Malaysia