Setiap inci kehidupan dunia mengandungi makna pertemuran antara dimensi baik dan jahat, benar dan salah, serta hidayah dan kesesatan . Hawa nafsu, amal perbuatan, dan pandangan pemikiran juga tidak ketinggalan dari terjerumus dalam dua perkara tersebut.

Ia adalah pertempuran hebat yang berlaku, kadangkala mampu menumpahkan titisan darah insan yang tidak bersalah.

Pertempuran antara kebenaran dan kebatilan suduh mula wujud sejak kelahiran manusia di muka bumi ini lagi, ia telah disebutkan secara jelas oleh Allah Taala dalam surah Thahaa, ayat 117:

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

Maksudnya:

Maka Kami berfrman: “Wahai Adam, sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana yang demikian engkau (dan istermu) akan menderita.

[Thahaa: 117]

Sejak itu, manusia mula ditimpa ujian kebatilan atas tipu daya lick si Syaitan yang durjana, dia merupakan musuh manusia yang nyata!

Ibnu Abbas r.a. – Seorang penafsir yang hebat dari kalangan para sahabat pernah memberi komentar dengan katanya :

“10 kurun sejak Nabi Adam, manusia keseluruhannya berada dalam hidayah namun setelah itu mereka membelakangi (hidayah), lantas Allah membangkitkan para nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan.”

fighting-kittens

Jika kita dapat renungkan, setiap nabi yang diutuskan pastinya akan berhadapan dengan cabran dari manusia-manusia pengikut syaitan yang menyusahkan.

Walaupun telah terbentang jelas kebenaran dimata mereka, namun hati mereka tetap terkunci rapat dari mahu menerima hidayah.

Abu Jahal, Abu Lahab, Walid bin Mughirah dan selainnya hanyalah satu misalan dari kelompok umat-umat yang mengibarkan panji-panji kebatilan. Kini, jasad-jasad mereka telah terkubur, yang masih berlanjutan adalah kelompok-kelompok yang bersifat seperti mereka.

Wujudnya Abu Jahal moden, Abu Lahab zaman teknologi, dan Walid bin Mughirah dalam personaliti baru.

Peperangan antara kebenaran dan kebatilan terus berlaku dengan pesat setelah pemergian semua Rasul.

Tanggungjawab meneguhkan panji kebenaran dipangku oleh para ulama dan umat Islam, dan panji kebatilan pula dikibarkan oleh pengikut-pengikut syaitan dan hawa nafsu.

Peperangan ini melibatkan semua umat manusia, jika mereka tidak berada dalam dimensi kebenaran, maka mereka akan terjerumus dalam dimensi kebatilan.

Manusia yang baik akan menjadikan tujuan hidup dan perjuangannya hanyalah Islam semata-mata. Kerja, hidup, kewangan, kemampuan, minat, dan pengorbanannya dicurahkan sepenuhnya untuk kebangkitan agama Islam.

Penulis pernah bertemu dengan seorang bekas askar yang melepaskan jawatannya semata-mata untuk berkhidmat menyebarkan kefahaman Islam yang tulin. Beliau mempunyai jawatan yang tinggi dalam bidang ketenteraan, namun ia dilepaskan hanya kerana satu sebab : Islam.

Penulis juga sering berurusan dengan seorang ibu yang sepatutnya tamat perkhidmatan disebuah syarikat besar, namun beliau meneruskan perkhidmatan atas tawaran kerana mahu membantu kebangkitan Islam dari sudut kewangan.

Demikianlah kehidupan manusia yang jelas matlamat dan tujuannya. Dimensi hidup mereka adalah kebenaran, lalu mereka diberikan pangkat “Panglima-panglima kebenaran”.

Sebaliknya, ada golongan yang kelam jiwanya, keras hatinya, dan berceramuk pemikirannya telah bersatu dalam kelompok kebatilan, kelompok penentang kebenaran.

Mereka menjadikan Islam sebagai musuh utama. Kebenaran dilihat sebelah mata.

Golongan ini tidak terhad kepada orang kafir, musyrik atau atheis sahaja tetapi orang Islam yang tidak mahu menerima Islam secara keseluruhannya juga menjadi hamba kepada dimensi ini.

Mereka memisahkan antara dunia dan akhirat, islam dan ekonomi, islam dan pemerintahan, islam dan politik, islam dan pembangunan pemikiran dan sebagainya.

Bahkan, golongan umat islam yang bersatu dengan dimensi kebatilan ini lebih merisaukan berbanding mereka yang bukan Islam.

Inilah hakikat yang berlaku di dunia kita.

Pertempuran jangka masa panjang ini memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalannya hanya ada pada kita. Kita dalam golongan mana? kita berada di dimensi mana? Kebenaran? atau kebatilan?

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW :

لاَ يَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ.

Maksudnya:

Akan ada satu kelompok dari umatku yang sentiasa mengangkat kebenaran sehinggalah datang perintah daripada Allah  kepada mereka (tentang Hari Kiamat), sedangkan mereka masih dalam kebenaran.

[Hadis Riwayat al-Bukhari]

 

A2D

(Buku ini akan berada di pasaran..Insyaallah)