Header Ads

test

Futur : Heart Attack dalam Dunia Dakwah

Penyakit serangan jantung dikatakan telah menjadi pembunuh no. 1 di Malaysia. Ia memberi kesan yang sangat buruk kepada penghidap penyakit berkenaan. Bahkan, siapa sahaja yang menghidap penyakit demikian dibimbangi akan menemui ajal pada bila-bila masa sahaja.

Jika kita lihat disekeliling kita, ramai saudara mara kita mati dengan asbab heart attack.

Saya pernah merujuk tentang fenomena serangan jantung kepada dua orang sahabat saya yang sedang menuntut di kuliah perubatan Universiti al-Azhar, kata mereka ; heart attack mampu berlaku dengan pelbagai sebab,Mungkin kerana merokok, pengambilan alkohol, dadah berlebihan dan sebagainya… kadangkala ia terlalu mudah seperti : cebisan serpihan tulang yang patah lalu memasuki salur darah lantas menutupi ruang penting di bahagian jantung – sehingga menyebabkan jantung tidak dapat menerima darah, lalu ia mati akibat ketiadaan oksigen.heart_attack

Saya bertanya: “ Kalau patah di kaki?”

Jawap mereka: “Walaupun patah dikaki, kemungkinan masalah boleh berlaku.”

Pastinya kita bimbang penyakit ini menyerang kita.

Namun, ada satu lagi penyakit yang hampir serupa dengan Heart Attact – diberi nama : Futur. Ia hanya menyerang pendakwah yang giat bekerja sahaja.

Apa Erti “Futur”

Bahasa Arab : Terhenti terhadap sesuatu yang biasanya berjalan, atau diam setelah bergerak. Tenang setelah bersemangat.

Istilah : Penyakit yang dijangkiti oleh sebahagian daie, dan ia memberi kesan dalam bentk perbuatan, seperti malas, lemah dan perlahan menjalankan tugas.

Tahap kefuturan tertinggi adalah berhenti dari melaksanakan tanggungjawab selaku pendakwah.

Apa Puncanya?

1.       Lebih-lebih dan melampaui batas dalam urusan agama.

2.       Berlebihan / melampaui dalam perkara harus

3.       Mendahulukan kehidupan sendiri

4.       Kurang mengingati kematian dan akhirat

5.       Kurang amalan harian dan ibadah pada waktu malam

-          Kehidupan ini seolah seorang musafir, apabila sampai  masa, dia memerlukan bekalan untk meneruskan perjalanan. Ibadah merupakan bekalan ruhi – perlu ditingkatkan, apabila diabaikan, seolah berjalan seperti bangkai bernyawa. Apabila dia bercakap, tidak mampu memberi kesan kepada pendengar.

6.       Makan makanan-makanan yang haram dan syubhah.

7.       Mengambil Islam secara Juzie

8.       Tak jelas dengan sunnatullah dalam kehidupan dan penciptaan.

9.       Hak badan tidak diberi secara sepatutnya.

10.   Tidak bersiap sedia menghadapi cabaran dalam dakwah

-          Kita kena tahu sifat jalan dakwah : Penuh cabaran dan ujian, nak dapatkan syurga penuh dengan duri-duri rintangan.

-          Ujian dalam jalan dakwah : Keluarga, saudara mara, wang, imtihan dan sebagainya -- kena jelas tentang itulah sifatnya.

11.   Lemah keinginan dan cita-cita

12.   Cepat menghukum individu atau kelompok - Tarbiah perlu mendahului hukuman

13.   Terjatuh dalam kemaksiatan dan keburukan – tertamanya dosa-dosa kecil tanpa rasa sebarang kesalahan.

Akibat Futur?

1.       Jalan dakwah dan tarbiah menjadi panjang dan perlu bermula semula dari marhalah awal.

2.       Bebanan pendakwah yang giat menjadi besar dan berat

3.       Menuntut pengorbanan dari duat yang masih ada.

4.       Menjadi sebab tidak berjaya dalam perjuangan

5.       Menimbulkan keaiban dalam gerak kerja Islam

Bagaimana merawat futur?

1.       Menjauhkan segala kemaksiatan besar dan kecil – kemaksiatan adalah api yang membakar hati dan membawa kepada kemurkaan Allah. Siapa yang dibenci oleh Allah maka dia akan berada dalam kebinasaan yang selama-lamanya.

2.       Tetap dan tekun dalam amalan harian

3.       Tidak syadid dan melampaui batas dalam agama

4.       Iltizam dengan jemaah

5.       Memberi tumpuan mentadabbur alam

6.       Mengetahui ujian dan cabaran yang bakal dihadapi

Al-Banna : “ Dakwah menuntut harta, wang ringgit dan akhir sekali menuntut nyawa”

7.       Mengikuti manhaj dan garis panduan dalam amal islami – buat ikut keutamaan. Tak terlibat dalam perselisihan yang tidak bermanfaat.

8.       Bersahabat dengan orang yang soleh dan bersungguh-sungguh.

9.       Beri hak kepada anggota badan.

10.   Bersederhana dalam perkara harus

11.   Teliti dan ulangkaji sejarah dan sirah umat Islam

12.   Bersedia menghadapi kematian

13.   Menghadiri majlis ilmu

14.   Ambil agama secara keselurhan

15.   Banyak muhasabah diri

Apa pandangan anda?

Setelah membaca artikel ini, apakah anda merasa Futur ini merupakan satu penyakit yang sangat merbahaya dan mampu memberi keburukan kepada daie?

Sepertimana Heart Attack itu dibimbangi, maka begitu jugalah penyakit Futur perlu dibimbangi.

Senyum, tenang, dan berfikir.

___________________________________

Penulis : Syihabudin Ahmad MY

Posisi : Mas`ul Halaqah

p/s : Artikel ini adalah hasil perkongsian ilmu dari Ustaz Ali Noor Atif bin Anuar.

No comments

Powered by Blogger.