(1) Mazhab Syafiee mengharamkan sentuhan lelaki dan wanita tanpa mengira peringkat umur.

(2) Hukum bersalaman antara Wanita dan lelaki MUDA adalah Haram disisi Ulama 4 Mazhab. Ia juga pendapat Ibnu Taimiah.

(3) Salaman lelaki dan wanita yang tua (Tiada pihak yang berkeinginan antara satu sama lain) dibenarkan oleh Mazhab Hanafi dan Hambali.

(4) Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah : Bersalaman antara lelaki dan wanita TUA dibenarkan dengan syarat tiada syahwat (keinginan nafsu) dan aman dari fitnah.

Dalam ketika yang lain, al-Qaradhawi berkata, "Seorang Muslim tidak boleh bersalam dengan wanita melainkan dengan 2 syarat. iaitu 1) ada keperluan 2) Tidak timbul fitnah."
_______________________
- Rujuk : Mausu`ah Fiqhiah : m/s 359, jil : 37.
- Rujuk : Fatawa Muasirah, dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

DS0030(Gambar Syeikh Ali Gomaah, Mufti Besar Mesir bersalaman dengan seorang wanita TUA)

(Moral : Orang yang berbeza dengan kita tidak semestinya salah)