Header Ads

test

Jawapan Permasalahan Solat Musafir

Ramai bertanya tentang Jamak dan Qosar. Disini saya ringkaskan seperti berikut :

(1) Jamak adalah menggabungkan 2 solat dalam satu waktu. Ia tiada kaitan dengan memendekkan bilangan rakaat. Maka, solat zohor boleh digabungkan dengan solat asar dalam waktu zohor atau asar. Solat maghrib boleh gabung dengan solat isyak dalam waktu maghrib atau isyak. Dilakukan tanpa mengurangkan rakaat.

(2) Solat jamak dilakukan kerana kesuntukan masa atau kesukaran melakukan mana2 satu solat. Contoh : Seorang doktor yang mahu membedah pesakit yang memakan masa lebih 8jam. Pelajar wanita yang mahu pulang kerumahnya, dan dia yakin akan sukar mencari tempat solat dalam perjalanan. Seorang yang menuju kesuatu tempat yang dekat, tetapi sukar kerana sesak dan sebagaiya. Tidak ada jamak pada waktu subuh.

(3) Qosar adalah : Memendekkan rakaat solat kepada 2. ini khusus terjadi pada solat zohor, asar, dan insyak sahaja. Iaitu solat yang ada 4 rakaat. Ia dipendekkan menjadi 2 rakaat.

(4) Qosar dibenarkan kerana musafir melebihi 84Km (atau 90KM). Qosar dikaitkan dengan jarak perjalanan.

(5) Jamak dan Qosar ini boleh digabungkan sekiranya bermusafir melebihi 84Km. Kerana, kebiasaan musafir itu akan mengalami kesukaran dan kepenatan yang membolehkan jamak. ia juga dibolehkan qosar kerana jaraknya melebihi 84Km.

(6) Jamak boleh dilakukan dirumah, atau sebelum bergerak musafir. Kerana? Kerana ia tidak berkaitanan dengan jarak.

(7) Qosar tidak boleh dilakukan dirumah, kerana? kerana ia berkaitan jarak. Perlu bergerak terlebih dahulu.

Wallahu alam.

curved-road

8 comments:

  1. Anonymous12/08/2012

    blh ust nyatakan dalam situasi apakah kita di benarkan jamak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon rujuk artikel saya : http://ustazusa.blogspot.com/2011/02/solat-musafir-kekeliruan-dalam.html

      Delete
  2. Salam.Tumpng tnya.

    1.Boleh tak jamak qasar asar dengan maghrib? solat siang dn solat mlm.
    2.Jika traffic jam dan bimbng terleps waktu..bolehkah niat jamak ?
    3.Betulkah apa2 perjalanan tak kira ke mana2 destinasi y melebihi 2 marhalah dijamak qasarkan? iaitu hanya dalam sehari je..cnth pergi shopping melebihi 2 marhalah ke..

    Kalau ad masa tlng jawab ye.Jazakallahu Khairan katheera.

    ReplyDelete
  3. Anonymous :
    Contoh Keadaan harus Jamak sahaja : Melakukan pembedahanyang melampaui 8 jam, Tugasan yang tidak boleh ditinggalkan seperti kerja menjaga mesin di kilang2, mahu bermusafir tetapi masih berada di rumah.

    Contoh Keadaan harus Jamak dan Qasar : Musafir yang melebihi 84/90 KM

    Novelgurl :

    (1) Solat maghrib tidak boleh untuk dijamak dengan solat asar. Ia hanya boleh digabungkan dengan isyak sahaja.
    (2) Solat jamak sebelum bertolak. Jika sudah diatas kenderaan dan belum jamak, maka solat saja diatas kenderaan.
    (3) Syarat jamak qasar adalah :
    - Perjalanan lebih 2 marhalah
    - Pasti tempat tujuan
    - Matlamat baik, bukan maksiat.

    ReplyDelete
  4. salam.berkenaan dengan niat solat jama' dan qasar,saya ada sedikit kemusykilan.contohnya solat zohor dan asr pada waktu zohor.niatnya macam mana ya?adakah,sahaja aku solat zohor qasar dijamakkan dengan asar dua rakaat kerana allah..dan betulkah selepas solat zohor tu mesti terus bangun tanpa mengeluarkan apa-apa perkataan dan terus ja takbir? dan perlu lagi tak niat time takbir solat asar tu?

    musykil benar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalm.

      1- Niat adalah lintasan di hati. Bukan lafaz. Apabila anda tahu cara untuk solat musafir, maka anda berniat sahaja untuk solat bermusafir.

      2- Jarak antara solat pertama dan kedua tidak boleh terlalu lama, atau diselangi dengan perbuatan yang melaghakan. Tiadamasalah untuk bercakap-cakap ringan. Seperti menyuruh isteri membuka pintu, menyuruh anak jangan bising, dan lain-lain.

      WallahuAlam.

      Delete
  5. salam. ustaz boleh tak sertakan sekali apa2 dalil yang berkaitan. saya nak argue dengan housemate yang perlukan dalil sahih supaya hujah lagi kuat. Jazakallah ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon rujuk artikel saya, http://ustazusa.blogspot.com/2011/02/solat-musafir-kekeliruan-dalam.html

      Delete

Powered by Blogger.