Penulisan Fasa Mekah memberi fokus kepada 3 golongan.


1- Orang bukan Islam yang ingin tahu tentang Islam.
2- Orang Islam yang tiada asas agama, tapi mahu tahu tentang Islam. Dia malu tanya ustaz, jadi dia mencari buku.
3- Golongan Profesional Muslim yang tiada asas Islam yang kuat.

Golongan ini merupakan pembaca buku utama di Malaysia. Mereka mengalami beberapa masalah dengan buku yang ada di pasaran. Antara masalahnya ialah;

1- Buku agama banyak istilah-istilah arab yang tidak mampu difahami oleh 3 golongan ini.
2- Buku agama banyak menggunakan perkataan klasik 60an
3- Banyak bahasa bombastik.
4- Gaya penulisan sukar difahami.

Perkataan "SAW" yang diringkaskan dari "SallahhuAlaihiWasalam" merupakan sebuah selawat kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab yang membawa erti, "Selawat dan Salam Keatasnya (Nabi Muhammad)".

Selawat ini dianjurkan Islam untuk disebut selepas disebutnya nama Nabi Muhammad.

Bagi mendepani golongan pembaca Fasa Mekah, maka perkataan SAW digugurkan dan diganti dengan seruan membaca selawat keatas nabi di awal muka surat.

Teknik ini dibentuk bagi mendepani masyarakat. Masyarakat yang masih belum terdedah dengan istilah-istilah arab yang banyak.

Kita tidak mahu masyarakat rumit, maka kita berikan jalan.

Inilah inisiatif yang kita ambil setelah kita mendengar kata-kata Allah dalam surah Ibrahim, ayat 4,

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa/lidah kaumnya, supaya dia dapat menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

429px-صلى_الله_عليه_وسلم_svg

Allah Lebih Mengetahui Yang Terbaik.