Soalan : Dalam Hadis disebutkan bahawa wanita ini lemah pada akal dan agamanya. Apakah maksud hadis ini? Bukankah ia menghina wanita?

▶  Jawapan : Hadis ini tidak menghina wanita, tetapi ia menerangkan ciri-ciri wanita.

● Hadis yang dimaksudkan ialah : http://hadis.hos.my/wanitalemah/

● Lemah pada akal bermaksud, jiwa wanita itu sangat lembut, sangat kuat pula rasa sayang kepada orang yang dia kasihi. Sehingga dia tidak mampu membuat keputusan dengan betul-betul lurus.
Jadi, atas alasan ini, penyaksian dia dalam hukum hudud tidak diterima melainkan dikuatkan dengan saksi lain.

- Sifat cinta dan kasih wanita lebih kuat berbanding lelaki.

● Lemah pada agama bermaksud, wanita tidak banyak dapat melakukan ibadah khusus seperti lelaki kerana dia diberi kelonggaran oleh Allah Taala.

● Fakta: Teks asal hadis tidak menyebutkan perkataan “Lemah – Dhoifah” tetapi menyebutkan “Kurang- Naqishah”

● Fakta: Kurang akal atau agama tidak membawa maksud ia kurang dalam semua isu agama dan akal. Ia cuma khusus pada isu penyaksian dan ibadah khusus.

Allah lebih tahu.




WallahuAlam.