Soalan | Jika tertinggal sujud yang terakhir, tetapi sudah mula baca Tahiyat Akhir, kemudian baru teringat. Apakah yang perlu saya lakukan?

▶ Jawapan : Apabila tersedar dalam situasi itu, maka terus sahaja sujud tanpa meneruskan bacaan Tahiyat Akhir. Setelah itu, sempurnakan solat seperti biasa.

▶ Fakta :

❶- Jika terlupa perbuatan Rukun dalam solat SEBELUM beri salam dan dalam posisi yang sa
ma, maka perlu ulang saja perbuatan tersebut.

Contoh, situasi di atas.

❷- Jika terlupa perbuatan Rukun dalam solat SELEPAS beri salam, maka perlu ulang semula rakaat tersebut. Rakaat itu sahaja, bukan sepenuhnya.

Contoh, terlupa sujud. Kemudian terus beri salam. Maka dia perlu bangun semula, bertakbir dan sempurnakan 1 rakaat.

❸ - Terlupa perkara sunat tidak membatalkan solat.

Tambahan ▶ Rukun Solat

1- Berdiri bagi yang mampu
2- Niat di dalam hati
3- Lafaz "AllahuAkbar" pada permulaan solat.
4- Bacaan surah Al-Fatihah
5- Rukuk
6- Bangun setelah rukuk
7- 2 kali Sujud
8- Duduk antara 2 sujud
9- Thomakninah (Rehat sebentar dalam semua rukun)
10- Tertib
11- Bacaan Tasyahud Akhir
12- Duduk Tasyahud Akhir
13- Selawat ke atas Nabi SAW dalam Tasyahud Akhir
14- Salam.

WallahuAlam.