Header Ads

Book an appointment with SetMore

Soalan : Apa hukum bercakap perkara dunia dalam masjid? Saya dengar, haram. Betulkah?

▶ Jawapan : Jika bercakap sedikit tentang hal dunia di Masjid, maka tidak akan memberi apa-apa kesan.

Namun jika banyak bercakap sehingga mengganggu para jemaah lain, maka hukumnya makruh dengan hujah hadis sahih.

Fakta :

▶ Al-Hakim pernah merekodkan dalam bukunya "Al-Mustadrak" bahawa Rasulullah saw pernah berkata,

"Akan tiba satu hari, di mana manusia akan berkumpul di dalam masjid semata-mata mahu membicarakan hal dunia. Allah tidak memerlukan kepada apa yang mereka lakukan. Janganlah kamu duduk bersama mereka."

▶ Tidak wujud hadis yang mengatakan amalan tidak akan diterima selama 40 hari jika bercakap hal dunia dalam masjid.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.