Header Ads

test

Soalan : Maksud Bidaah?

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Bidaah? Apa pula maksud Bidaah Hasanah menurut Imam Asy-Syafiie?

▶ Jawapan :

Imam Asy-Syatibi memberikan makna Bidaah menurut Islam,
" Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah."

Maksud Bidaah menurut Imam Asy-Syafiie,
"“Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (مذمومة) (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”

▶ Fakta :

❶ - Bidaah dari sudut bahasa Arab membawa maksud : Mengadakan sesuatu tanpa ada sebarang contoh.

❷ - Menurut Hadis, semua Bidaah adalah dikeji. Ini adalah bidaah dari sudut ibadah baru dalam agama sedangkan ia sudah sempurna.

Bidaah ini yang dimaksudkan oleh Imam Asy-Syatibi.

❸ - Bidaah Hasanah yang yang dimaksudkan oleh Imam Asy-Syafiie merupakan Bidaah dari sudut bahasa. Ia baik jika mempunyai sandaran Sunnah, dan ia dikeji jika tiada sandaran sunnah.

Like ▶ www.facebook.com/SyihabudinAhmadPenulis

▶ Pesan Ulama | Kata-kata Abdullah bin Mas`ud,

❝Bersederhana dengan Sunnah lebih baik dari bersungguh dalam Bid’ah❞

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.