Soalan : Mata saya terkena asid. Bolehkah saya titik ubat mata ketika berpuasa?

▶ Jawapan : Boleh.

Fakta :

▶ Menurut mazhab Syafiie, Puasa terbatal sekiranya masuk sesuatu melalui rogga terbuka dengan perbuatan sengaja.

Rinkasnya, puasa terbatal apabila ada syarat berikut,

1- Masuk sesuatu melalui rongga
2- Dibuat dengan sengaja.

▶ Oleh itu, setitik air yang masuk melalui mulut, telinga, qubul dan dubur membatalkan puasa sekiranya dilakukan secara sengaja.

▶ Setitik air yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana mata ialah ronga tertutup.

▶ Suntikan ubat melalui urat tidak membatalkan puasa kerana urat dan kulit ialah rongga tertutup.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.