Pada 24 Ogos yang lepas, saya iklankan SAMSUNG Galaxy Note 8.0 di Facebook. Saya mahu jual untuk menampung duit tiket pergi dan pulang ke Mesir. Saya perlu ambil peperiksaan terakhir di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ada seorang wanita hantar masej di facebook.

Katanya, ibu berminat untuk beli. Jadi kami aturkan masa dan waktu pertemuan. Akhirnya, kami bertemu di Masjid Hamzah, Batu Muda.

Ibunya datang, dan kami bersembang sebentar. Saya hulurkan Tablet yang mahu dijual. Ibunya berikan bayaran. Kemudian, ibunya tambah lagi dengan wang sumbangan. Saya sangat berterima kasih.

Azan Zohor, kami pon berpisah.

Selepas solat, saya balik ke rumah adik. Tiba-tiba, dapat masej dari pembeli tadi untuk berjumpa. Ada urusan yang perlu dibincang, kata masej itu.

Saya bergegas jumpa mereka dalam renyai-renyai hujan. Lalu si ibu tadi menghulurkan semula tablet. Katanya, "Ustaz gunalah. Kami tak guna."

Dia pulangkan tablet dalam keadaan dia berikan saya wang yang sangat banyak. Saya tak mampu berkata apa-apa. Saya terima dengan doa yang tidak putus-putus.

Tahukah anda,
Bahawa...

Saya tidak tahu nama mak cik tersebut.
Saya tidak tahu nama sebenar wanita yang masej di Facebook saya. Dan saya tidak mahu tahu.

Saya mahu terus mendoakan mereka.
Saya mahu menjadi saksi amal kebajikan mereka di akhirat kelak.

Benarlah kata Allah dalam surah Ath-Tholaaq, ayat 2-3,

"....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara Yang menyusahkannya),

3. serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu..."

WallahuAlam.

Ustaz Syihabudin Ahmad - USA,
260813 - 12:41 Tengah Hari,
Batu Muda, KL.