▶ Abdullah bin Amru bin Al-`As pernah bercerita,


Suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan satu ayat Al-Quran tentang kata-kata Nabi Ibrahim,


(Ayat 36, surah Ibrahim)


" Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan ramai umat manusia sesat. Oleh itu, sesiapa yang mengikutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).


Kemudian Baginda membaca ayat Al-Quran tentang kata-kata Nabi Isa,

 
(Ayat 118, surah Al-Maidah)


"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana Sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Lalu Rasulullah mengangkat kedua tangannya, seraya berkata, " Ya Tuhanku, umatku..umatku." Kemudian baginda menangis.


Allahpun bertitah, "Wahai Jibril, pergilah kamu bertemu Muhammad - Tuhanmu lebih mengetahui - tanyalah mengapa dia menangis?"


Lalu Jibril datang kepada Nabi Muhammad dan bertanya.


Baginda menjawab sambil menangis; "Ummatku, Ummatku, Ummatku" Jibril naik dan berceritakan kepada Allah SWT. Allah memeirntahkan Jibril turun kembali dan mengatakan kepada Rasulullah SAW, "katakanlah padanya ya JIbril bahawa Kami(Allah) akan meredhoi Ummatmu ya Muhammad dan Kami tidak akan menzalimimu"


▶ Rujuk : Sahih Muslim, 520.
LIKE ▶ https://www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam.