Header Ads

Book an appointment with SetMore

Soalan : Apa hukum solat tanpa wudhuk dan tayamum?

▶ Jawapan : Tidak sah melainkan ketika darurat.

▶ Fakta :

■ Wudhuk menggunakan air.
■ Tayamum menggunakan debu yang bersih.

[[ Yang dimaksudkan dengan darurat ialah,]]

1-    Tiada air atau debu.

Contoh situasi : Seorang dikurung dalam satu bilik dalam keadaan tangan dan kakinya diikat. Orang ini wajib mendirikan solat dalam keadaan yang dia mampu tanpa berwudhuk atau tayamum.

2-    Tidak mampu menggunakan air atau tanah.

Contoh situasi : Seorang yang sakit dan luka yang dilarang oleh doktor dari menggunakan air atau tanah pada tempat luka. Tempat luka berkenaan ialah pada tangan atau muka, atau kedua-duanya.


■ Hukum solat ketika tidak ada atau tidak boleh menggunakan air.

❶ Pendapat (1) – Tidak wajib solat, dan tidak wajib Qadha`. Ini pendapat dari Mazhab Maliki

❷ Pendapat (2) – Tidak wajib solat, wajib Qodho` sahaja. Ini pendapat Imam Abu Hanifah dan salah satu pendapat dalam Mazhab Asy-Syafiie.

❸ Pendapat (3) – Wajib solat, tidak wajib Qadha`. Ini pendapat Imam Ahmad dan Mazhab Hanbali, ini juga pendapat popular Mazhab Ahli Hadis.

❹ Pendapat (4) – Wajib Solat, wajib Qadha`. Ini pendapat Imam Asy-Syafiie, Abi Yusuf dari Mazhab Hanafi, dan salah satu pendapat dari mazhab Maliki.

❺ Pendapat (5) – Digalakkan solat, wajib Qadha`. Ini pendapat Imam Al-Ghazali dari Mazhab Asy-Syafiie, juga salah satu pendapat dari mazhab Hanbali.

■ Pendapat yang terpilih dan kuat ialah pendapat ketiga.

Rujukan :

- Syarah Zadul Mustaqnak Lil Syanqity, M/s 329, 2007. Riyadh.
- (http://bit.ly/1ddSqIz)

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.