Header Ads

Book an appointment with SetMore

Apa hukum beli barangan lelong dari bank konvensional?

Soalan : Apa hukum beli barangan lelong dari bank konvensional?

▶ Jawapan : Harus.

▶ Fakta :

◆ Barang yang dibeli secara hutang dari bank adalah cagaran.

◆ Syarat yang bank beri ialah, barang cagaran akan diambil apabila hutang tidak berjaya dilunaskan mengikut perjanjian.

◆ Apabila pembeli tidak dapat jelaskan hutang, bank boleh merampas dan menjual barang tersebut kerana itu haknya.

◆ Jika hasil jualan melebihi harga jualan (setelah berlaku proses lelongan), nilai lebihan akan dipulangkan kepada pelanggan.

◆ Nabi S.A.W pernah berkata dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Abu Daud,

"Orang muslim berpegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram."

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam

No comments

Powered by Blogger.