Soalan : Apa hukum wanita botakkan kepala?

▶Jawapan : Haram, melainkan ada sebab yang munasabah seperti penyakit.

▶Fakta :

◆ Direkod dalam At-Turmizi dan An-Nasaaie sebuah hadis yang lemah dari Saidina Ali, Bahawa Nabi SAW melarang wanita dari mencukur (membotakkan) kepala.

◆ Hadis ini diketegori sebagai hadis Mudhtharib.

◆ Imam At-Turmizi menambah dalam periwayatan beliau, “ Amalan dalam hadis ini dilakukan oleh ahli ilmu. Tidak dilihat wanita membotakkan kepala, tetapi dilihat mereka memendekkan rambut.”

◆ Sekiranya wanita berkenaan mengalami penyakit, beliau boleh membotakkan kepala atas nasihat doktor.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam