Header Ads

Book an appointment with SetMore

Mengenal ajaran silat yang sesat

Soalan : Bagaimanakah mengenal Kumpulan Seni Silat yang sesat?

▶ Jawapan : Apabila mereka tidak amalkan apa yang Allah suruh, buat apa yang Allah larang, sedangkan mereka mengaku Islam, Maka mereka sesat.

◆ Ciri khusus mengenal ajaran sesat dalam Silat

1- Guru mendakwa boleh mencipta satu ibadah baru.
2- Amalan bertapa berhari-hari di dalam gua atau bilik tanpa keluar untuk bersolat dan bekerja.
3- Amalan mengasap keris dengan kemenyan. Sebagai penghormatan kepada penunggu / Jin keris.
4- Menganggap orang mati boleh hidup semula dengan ilmu kebatinan. Orqng mati tersebut boleh berikan kelebihan kuasa yang melampaui kemampuan orang biasa.
5- Dakwaan boleh mendapat ilmu batin dengan mengamalkan sesuatu zikir yang dicipta tanpa sandaran hadis dan Al-Quran.
6- Dakwaan akan mendapat bencana apabila meninggalkan amalan zikir dan perbuatan tertentu.

Kata Imam As-Syafiie,

"Apabila engkau melihat ada orang terbang, dan berjalan di atas lautan, tetapi dia melanggar batas syariah. Maka dia adalah orang yang mendapat 'istidraj'. Dia ialah pelaku bidaah."

▶ Fakta : Istidraj ialah seorang yang mendapat kelebihan melakukan sesuatu yang diluar kemampuan manusia biasa atas pertolongan syaitan.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam

No comments

Powered by Blogger.