Header Ads

test

Soalan : Apa hukum berkahwin dengan mak tiri?

Soalan : Apa hukum berkahwin dengan mak tiri?

▶ Jawapan : Haram.

Rujuk : Surah An-Nisaa, ayat 22.

▶ Fakta :

1. Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian:

i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.

2. Sebab-sebab haram dikahwini:

i. Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab perkahwinan. ( مصاهرة )

3. Haram dengan sebab keturunan:

i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii. Anak, cucu, cicit hingga ke bawah.
iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah.

4. Haram dengan sebab susuan :

i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan.

5. Haram yang disebabkan perkahwinan. ( مصاهرة )

i. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
ii. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas.
iii. Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas.
iv. Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.

6. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab menghimpunkannya :

i. Saudara perempuan sebelah isteri.
ii. Anak saudara isteri sebelah bapa.
iii. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
iv. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

7. Haram sementara kerana sebab tertentu :

i.  Haram mengahwini orang kafir (kecuali Kristien dan Yahudi), melainkan setelah dia masuk Islam.
ii. Haram kahwin semula dengan isteri yang sudah ditalak tiga, melainkan isteri tersebut sudah berkahwin lain dan bercerai.
iii. Haram berkahwin dengan orang yang sedang berihram, melainkan setelah dia selesai.

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.