◄Nikah Khitbah - Wajarkah ia dinamakan demikian?▶

◆ Definasi Nikah Menurut Mazhab Syafiie:


Nikah ialah satu perjanjian (akad) yang mengandungi keharusan bersetubuh. Ia mesti disertai dengan lafaz nikah, tazwij atau yang menyerupai kedua lafaz itu.


[Ruj. Mughni Muhtaj, 3/123]


◆ Hakikat Pernikahan


Bagaimana seorang itu dikatakan telah bernikah?


Menurut Mazhab Syafie, setelah selesai akad nikah, satu pasangan itu sudah dikira bernikah. Suami isteri hendaklah menjalankan hak masing-masing.


[Ruj. Mausuah Fiqhiyah, 14/206]


Kedua mereka halal untuk melakukan hubungan suami isteri. Lelaki mestilah memberikan nafkah kepada isteri, manakala isteri mestilah taat kepada suami.


◆ Bila nak tunai nafkah?


Suami wajib tunaikan nafkah kepada isteri apabila si isteri sudah dihantar ke rumahnya.
[Ruj. Mausuah Fiqhiyah, 14/36]


Sekiranya si isteri sudah senang lenang berjumpa, maka ia sudah membawa maksud dia dihantar ke rumah si suami.


◆ Apabila si isteri menggantung haknya seperti hak tempat tinggal, makan minum, pakaian, dan hari bermalam, maka si suami diberi kelonggaran untuk memberikan hak berkenaan.


Tetapi, apabila si isteri mahukan haknya, maka suami hendaklah memberikannya. Begitu juga keadaan suami apabila dia mahukan haknya, si isteri hendaklah melaksanakan.

 
◆ Jika nikah dulu, kenduri kemudian. Maka ia masih dikira nikah biasa. Kerana kenduri hanyalah sunat.


☼☼ Dalam isu Nikah Khitbah yang cuba dimainkan oleh beberapa orang. Kita mahu mendapatkan jawapan ini,


1) Apakah anda mengatakan haram atau makruh bagi suami isteri untuk menjalinkan hubungan suami isteri setelah akad nikah, sedangkan isteri belum dihantar untuk tinggal bersama si suami?


- Jika jawapannya "Tidak", maka tidak wujud nikah khitbah.


2) Adakah syarat sah bagi nikah khitbah dan nikah biasa itu sama?

- Jika jawapannya "Ya', maka tidak wujud nikah khitbah.

 
3) Adakah akad nikah khitbah dan nikah biasa itu berbeza?

 
- Jika jawapannya "Tidak", maka tidak wujud nikah khitbah.

 
Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam