9996520

Sekali imbas membaca buku kontroversi ini, saya simpulkan bahawa ia buku yang bermanfaat dalam mengaitkan ibadah dalam Islam dengan ilmu kesihatan.

Ia mempunyai puluhan kajian yang sangat bagus untuk diteliti sebagai bahan hadam umat Islam dan bukan Islam.

Namun begitu, saya ada beberapa kritikan dan cadangan

 

◆ Kritikan

 

1 - Tajuk

Buku ini tidak begitu memamaparkan secara jelas fakta tentang isu "Rasulullah Tidak Pernah Sakit" tetapi ia membawa isu "Hubungan Ibadah Dengan Kajian Sains".

Dalam buku ini mengiktiraf bahawa Rasulullah pernah sakit dua kali. Tapi saya pelik, mengapa tajuknya berlainan dengan isi?

Tajuk ini telah berjaya mempengaruhi minda pembaca dengan satu kenyataan palsu, iaitu "Rasulullah tidak pernah sakit."

 

2 - Fakta Agama Yang Tidak Disemak

#Dalam buku ini juga mengatakan al-Haris bin Kaladah, seorang doktor dalam kalangan sahabat Nabi adalah seorang penganggur kerana tiada kerja sebab Rasulullah tak pernah sakit.

Pelik, sedangkan pelbagai hadis menunjukkan bahawa al-Hrith mengubat orang.

#Terjemahan hadis yang tidak didasar kepada teks bahasa Arab.

#Merekod hadis palsu tentang larangan mencampur makan ikan dengan susu. Kemudian disandar kepada rekod al-Bukhari, sedangkan ia tidak wujud.

 

◆ Cadangan :

Saya mencadangkan kepada pihak penerbit utuk melantik seorang Editor/Panel Syariah bagi buku-buku terbitan mereka. Bukan sekadar buku agama, tetapi apa sahaja buku yang mahu dikaitkan dengan agama.

-------

Buku ini diterbitkan sebelum Editor Perolehannya, Tuan Syarafuddin Sulaiman ke Mesir. Saya yakin, buku ini akan ada perubahan apabila ia diulang cetak. InsyaAllah.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.