Ada orang mahu hidup membujang kerana mahu meladani Rabiatul Adawiyah. Sedangkan At-Tabattul dilarang dalam Islam.

Fakta : ►

❶ Tiada bukti yang sahih tentang cerita Rabiah tersebut. Kita bimbang ia satu fitnah.

❷ Memutuskan diri dari mendekati wanita/lelaki dan dunia untuk tujuan beribadah selama-lamanya adalah dilarang dalam agama. Ia disebut at-Tabattul.

◄Bolehkah Membujang Seumur Hidup?►

❶ Umat Islam tidak boleh menentang perkahwinan dalam keadaan berkemampuan untuk berkahwin.

Juga beralasan untuk at-tabattul kepada Allah ataupun memenuhkan seluruh hidupnya untuk ibadat, perahiban (tidak mahu kahwin) dan memutuskan hubungan dengan dunia.

❷ At-Tabattul berasal dari ajaran Kristian.

❸ Hujah :

▬ 1 ▬

Imam Al-Bukhari telah menceritakan bahawa satu kelompok sahabat telah pergi ke rumah Nabi SAW. Mereka bertanya isteri-isteri baginda tentang ibadat Rasulullah .

Setelah diberitahu kepada mereka, seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit.

Kemudian, mereka berkata (sesama mereka), “Di mana kita (sekiranya dibandingkan) dengan Rasulullah? Baginda telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.”

Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Adapun aku (berazam) akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka.” Orang kedua pula berkata, “Aku pula akan mendirikan (ibadah) pada malam hari tanpa tidur!” Yang ketiga pula berkata, “Aku pula akan menjauhkan diri daripada wanita dan tidak akan berkahwin untuk selama-lamanya!”

Apabila cerita tersebut sampai kepada Nabi SAW, Baginda menjelaskan kepada mereka akan kesalahan mereka dan selewengnya cara mereka itu.

Lantas Baginda berkata kepada mereka, “Bahawasanya aku adalah orang yang paling mengenali Allah dan yang paling takut kepadaNya berbanding kamu semua. Namun, aku bangun (beribadah pada malam hari) dan aku tidur, aku berpuasa dan aku juga berbuka dan aku berkahwin dengan wanita. Oleh itu, sesiapa yang  bencikan sunahku (caraku), dia bukan daripada umatku.”

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي.

“Oleh itu, sesiapa yang bencikan sunahku (caraku), dia bukan daripada umatku.”

[Direkod oleh Al-Bukhari, 5063]

▬ 2 ▬

Saad bin Abu Waqash pula berkata,

“Rasulullah SAW menentang Usman bin Madh’un tentang rencananya untuk membujang. Sekiranya Baginda mengizinkan, nescaya kami akan memandulkan diri."

[Direkod oleh Al-Bukhari, 5073]

▬ 3 ▬

Rasulullah SAW juga menyeru kepada para pemuda supaya berkahwin. Baginda berkata,

“Wahai para pemuda, Barang siapa di antara kamu sudah mampu berkahwin, maka berkahwinlah! Kerana itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.”

[Direkod oleh Al-Bukhari, 5066]

[Rujuk buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ‘Al-Halal wal Haram Fil Islam’. Cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah, Mesir. 1997. Muka surat: 155-156.]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.