▶ Isu 'Tawaran RM500 tampar Teresa Kok'

Menggalakkan orang untuk menampar non-Muslim adalah satu kesalahan dari sudut agama dan undang-undang.

[Fakta ]

◆ Hanya pemerintah sahaja yang berhak menghukum orang yang buat salah dalam Negara.

◆ Muslim dan Non-Muslim mempunyai hak yang sama rata.

Apabila orang bukan Islam telah membayar cukai,
Maka mereka sama darjat dalam negara,
Sepertimana orang Islam yang bayar zakat.

Harta mereka Haram dirampas,
Nyawa mereka dilindungi,
Maruah mereka dipertahankan.

◆ Perintah Allah dalam surah al-Maidah, ayat 8,

"Wahai orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; Jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa."

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.