Header Ads

test

Bagaimana Rasulullah SAW Menangani Cemburu Pasangannya?


Imam Ahmad dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ali bin Ishaq, diberitakan kepada kami oleh Abdullah; dia berkata: Diberitakan kepada kami oleh Mukhalid, daripada asy-Sya`bi, daripada Masruq, daripada Aisyah, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَكَرَ خَدِيجَةَ أَثْنَى عَلَيْهَا، فَأَحْسَنَ الثَّنَاءَ، قَالَتْ: فَغِرْتُ يَوْمًا، فَقُلْتُ: مَا أَكْثَرَ مَا تَذْكُرُهَا حَمْرَاءَ الشِّدْقِ، قَدْ أَبْدَلَكَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا خَيْرًا مِنْهَا، قَالَ: " مَا أَبْدَلَنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرًا مِنْهَا، قَدْ آمَنَتْ بِي إِذْ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتْنِي إِذْ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتْنِي  بِمَالِهَا إِذْ حَرَمَنِي النَّاسُ، وَرَزَقَنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَدَهَا إِذْ حَرَمَنِي أَوْلَادَ النِّسَاءِ

Apabila Nabi SAW menyebutkan tentang Khadijah, beliau akan memberikan pujian yang terbaik. Suatu hari, aku berasa sangat cemburu lalu aku berkata: Tidaklah engkau lebih banyak ingat melainkan hal perempuan yang merah pada sudut bibirnya (tua). Sedangkan Allah telah menggantikan kepada engkau dengan yang lebih baik daripadanya.

Lalu Rasulullah berkata: Allah tidak menggantikan kepadaku sesiapapun yang lebih baik daripadanya. Dia beriman ketika orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustaiku, dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang lain tidak memberikan apa-apa. Allah mengurniakan aku anak daripadanya dan mengharamkan bagiku anak daripada selain dia.

(HR Ahmad: 24864, Sahih)

Pelajaran:

Apakah yang Rasulullah tidak lakukan apabila Aisyah menunjukkan kata-kata cemburu? 
  • Tidak menafikan hak Aisyah untuk menyatakan kecemburuan. 
  • Tidak menghalang Aisyah daripada berasa cemburu. 
  • Tidak memarahi Aisyah
  • Tidak berbohong dengan berkata, "Awak lebih baik daripadanya."
Apakah yang Rasulullah lakukan?
  • Membetulkan kefahaman yang benar dengan ucapan, "Allah tidak menggantikan kepadaku sesiapapun yang lebih baik daripadanya."
  • Mengiktiraf kebaikan yang benar tentang Khadijah.
  • Mengiktiraf kebaikan yang memberi kesan kebaikan kepada semua orang. 
Apakah perkara sunnah dalam hadis ini? 
  1. Tidak menafikan hak Isteri daam menyatakan luahan hatinya. 
  2. Bersabar dengan kerenah pasangan. 
  3. Tidak berbohong dengan kata-kata manis yang menyedapkan hati pasangan. 
  4. Mengiktiraf kebaikan orang lain sekalipun dia telah meninggal dunia. 
#AllahLebihTahu. 
Powered by Blogger.