Header Ads

Book an appointment with SetMore

Hadis Palsu: Cinta Pertama Dalam Islam

Ibnu Jauzi dengan sanadnya menyebutkan: 

Diberitakan kepada kami oleh al-Jurairi, diberitakan kepada kami oleh al-`Usyari, diceritakan kepada kami oleh ad-Daruqutni, diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Isa bin as-Sikkin, diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin al-Husain bin Jabir, diceritakan kepada kami oleh Musa bin Muhammad, diceritakan kepada kami oleh al-Muwaqqari, daripada Az-Zuhri, daripada Anas, beliau berkata:

أَوَّلُ حُبٍّ كَانَ فِي الإِسْلامِ حُبُّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَائِشَةَ
Cinta pertama yang berlaku di dalam Islam ialah cinta Nabi SAW kepada Aisyah.

Komen Ibnu Jauzi (W: 597H): 
Al-Muwaqqari bersendirian dalam meriwayatkan hadis ini. Beliau tidak menyatakan jalan perawi lain melainkan daripada Musa bin Muhammad bin `Atho’. Kedua-duanya pendusta (Kazzab). Imam Ahmad berkata: Yahya al-Muwaqqari tidak ada apa-apa (laisa bi Syai’- hadisnya lemah). Ibnu Hibban pula berkata: Musa bin Muhammad memalsukan hadis dengan dakwaaan diambil daripada orang yang dipercayai (siqah).
Ruj: Al-Maudhu`at, oleh Ibnu Jauzi: Halaman 498.

Kesimpulan: Hadis ini palsu seperti mana yang dijelaskan oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya.Banyak lagi hadis-hadis lain yang sahih dan hasan yang menceritakan kelebihan Aisyah RA. Kebenaran tidak tertegak dengan pemalsuan dan pembohongan.
Powered by Blogger.