Imam al-Baihaqi di dalam Kitab Syu`abul Iman berkata:

Ketika menyifatkan orang beriman, Allah berfirman:

{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ، وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا}

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman,…

Sehingga kepada firman Allah:

{أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا}

Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya….
(Al-Anfal 2-4)

Telah dinyatakan bahawa orang beriman ialah mereka yang terkumpul amalan-amalan tersebut (di dalam diri mereka). Ia menguatkan bahawa (ketaatan) ialah Jawami`ul Iman (Kompilasi Keimanan).

Al-Halimi rahimahullahu taala berkata[1]:

“Apabila telah pasti bahawa orang beriman disifatkan dengan sifat tersebut, maka mereka telah layak disebut sebagai mukmin yang sebenar kerana kedudukan amalan yang disifatkan Allah kepada mereka. Bukan sekadar amalan ibadah (khusus) sahaja yang dimaksudkan tetapi ia juga mencakupi amalan wajib dan sunat.

Solat adalah tanda ketaatan yang ditunjukkan dengan anggota tubuh secara khusus. Bersedekah dengan rezeki yang Allah berikan adalah tanda ketaatan yang ditunjukkan dengan harta. Gementar jantung hati ialah tanda beristiqamah di dalam pelbagai keadaan. Jantung hati tersebut telah dirasuki dengan mendirikan ketaatan serta menjauhi kemaksiatan.”

Beiau berkata lagi: “Ayat tersebut ditujukan kepada orang yang mengingati Allah di dalam jantung hatinya, tidak melakukan kemaksiatan, serta tidak bercanggah dengan suruhan kegentaran.

Ayat tersebut ditujukan kepada orang yang apabila membaca al-Quran, hatinya akan bertambah dengan keimanan, tidak menyanggahi kefardhuan serta duduk (membiarkan) kewajipan. Perkara ini telah mewajibkan berlakunya pertambahan iman dengan jalannya.

Maka telah sahihlah bahawa orang yang telah kami nafikan (sifat buruk) itu telah menjadi mukmin yang sebenar. Maka mereka yang imannya rosak tidak termasuk daripada orang yang dimaksudkan oleh ayat al-Quran di atas.

Allah berfirman:

{وَلَكِنَّ اللهَ حَبَّبْ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِكُمْ، وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ}

…akan tetapi Allah menjadikan iman sebagai sesuatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya di dalam hati kamu. Serta menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci…

(Al-Hujurat: 7)

Dinyatakan kepada kita tentang apa yang kita cintai dan apa yang kita benci. Kemudian iman disebutkan secara bersendirian sebagai sesuatu yang dicintai. Lawannya adalah kufur dan fasiq sebagai sesuatu yang dibenci.

Daripada itu dijadikan hujah bahawa iman mempunyai dua pesaing. Ada pesaing yang merosakkan iman dengan kufur dan ada pesaing yang merosakkan iman dengan kefasikan. Justeru itu telah jelaslah bahawa semua ketaatan adalah keimanan. Sekiranya tidak begitu maka kefasikan tidak meninggalkan (menjejaskan) keimanan. WallahuA`lam.

Al-Hafiz Abu Bakar al-Baihaqi[2] berkata:

“Telah terdapat perbezaan di antara fasik dan durhaka (maksiat). Daripada itu terbukti bahawa terdapat maksiat yang tidak menjadikan seseorang fasik. Kefasikan berlaku dengan melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Menjauhkan semua itu (dosa besar dan kecil) adalah daripada (cabang) iman. Wabillahitaufiq.

Allah berfirman:

{وَمَا كَانَ اللهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ}

… dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu…
(Al-Baqarah: 143)

Para ahli tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini menghendaki maksud solat kamu yang menghadap kearah Baitul Maqdis. Telah pasti bahawa bersolat adalah suatu bentuk keimanan. Begitu juga mentaati (Allah) juga adalah suatu keimanan kerana tiada pertentangan di antara kedua-duanya.

Imam Ahmad al-Baihaqi berkata:

Telah diriwayatkan hadis yang sabit kepada kami daripada Abu Ishaq, daripada al-Barra’ bin `Azib yang menyebutkan tentang solat Nabi SAW setelah tiba di Madinah yang menghadap kearah Baitul Maqdis (di Palestin) selama 16 atau 17 bulan, kemudian ia ditukar (oleh Allah) kearah al-Bait (Al-Haram di Mekah). Sebelum (perubahan kiblat) itu, telah mati ramai pahlawan. Mereka terbunuh di dalam keadaan kita tidak tahu menyebutkan apa-apa tentang mereka. Lalu Allah menurunkan ayat: “… dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu, sesungguhnya Allah maha melimpah belas kasih dan rahmat-Nya.”

11.[3] AB Abu Abdullah al-Hafiz, HS Abu an-Nadhr al-Faqih, HS `Uthman bin Sa`id ad-Darimi, HS an-Nufaily, HS Zuhair, HS Abu Ishaq lalu dia menyebutkan (hadisnya.) Direkodkan hadis ini oleh (al-Bukhari dan Muslim) di dalam kitab Sahih mereka daripada Hadis Zuhair bin Mu`awiyah. Rasulullah SAW menjadikan at-Thuhur (bersuci) sebagai sebahagian daripada iman[4]. Ia seperti berikut:

12.[5] AB Abu Abdullah al-Hafiz dan Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Asynani. Mereka berdua berkata: HS Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin `Abdus, HS `Uthman bin Sa`id ad-Darimi, HS Muslim bin Ibrahim, HS Aban bin Yazid, daripada Yahya bin Abi Kasir, daripada Zaid bin Sallam, daripada Abu Malik al-Asy`ari. Rasulullah SAW pernah bersabda:

الطَّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ

At-Thahur (Bersuci) sebahagian daripada iman.

Direkodkan oleh Muslim di dalam kitab Sahih beliau daripada hadis Aban bin Yazid al-`Attar.

13.[6] AB Abu Abdullah al-Husain bin Abdullah al-Baihaqi as-Sidiwiri; sepertimana yang aku baca kepadanya ketika di Khisrujard. Lalu beliau berkata: AB Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin al-Husain al-Baihaqi, HS Daud bin al-Husain al-Baihaqi, HS Humaid bin Zanjuwaih an-Nasaie, HS Abu Syaikh al-Harrani, HS Musa bin A`yan, daripada Lais, daripada `Amru bin Murrah, daripada Mu`awiyah bin Suwaid, beliau berkata: Aku melihatnya berkata: daripada bapanya – keraguan daripada Abi Syaikh – beliau berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا نَتَحَدَّثُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَتَدْرُونَ أَيُّ عُرَى الْإِيمَانِ أَوْثَقُ؟ " فَقَالُوا: الصَّلَاةُ، فَقَالَ: " إِنَّ الصَّلَاةَ لَحَسَنَةٌ، وَمَا هِيَ بِهَا ". فَقَالُوا: الْجِهَادُ فَقَالَ: " إِنَّ الْجِهَادَ لَحَسَنٌ، وَمَا هُوَ بِهِ ". فَقَالُوا: الْحَجُّ. فَقَالَ: " حَسَنٌ، وَلَيْسَ بِهِ ". فَقَالُوا: الصِّيَامُ، فَقَالَ: " الصِّيَامُ لَحَسَنٌ، وَلَيْسَ بِهِ ". فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَوْثَقُ عُرَى الْإِيمَانِ أَنْ تُحِبَّ لِلَّهِ، وَتُبْغِضَ لَهُ "

Kami duduk bersembang bersama Nabi SAW pada suatu hari. Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu apakah gelung iman yang paling kuat?” Para sahabat menjawab: “Solat”. Nabi bersabda: Solat itu adalah suatu yang baik. Tetapi ia bukanlah gelung iman yang paling kuat.” Para sahabat menjawab: Jihad. Nabi bersabda: “Jihad itu adalah suatu yang baik. Tetapi ia bukanlah gelung iman yang paling kuat.”?” Para sahabat menjawab: Haji. Nabi bersabda: Ia suatu kebaikan tetapi ia bukanlah gelung iman yang paling kuat.” Para sahabat menjawab: Puasa. Nabi bersabda: “Puasa adalah sesuatu yang baik tetapi ia bukan gelung iman yang paling kuat.” Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Gelung iman yang paling kuat ialah kamu mencintai kerana Allah dan kamu marah kerana-Nya.”

Jarir bin Abdul Hamid juga meriwayatkannya daripada Lais bin Abi Sulaim, daripada Amru bin Murrah, daripada Mu`awiyah bin Suwaid bin Muqrin, daripada al-Barra’ bin `Azib daripada Nabi SAW.

14.[7] AB Abu Mansur an-Nakha`ie di Kufah, HS Abu Ja`far bin Duhaim, HS Ahmad bin Hazim, HS Uthman bin Abi Syaibah, HS Jarir, beliau menyebutkan dengan sanadnya hadis yang seumpama di atas tetapi dia berkata di akhirnya:

فَذَكَرُوا شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ، فَلَمَّا رَآهُمْ لَا يُصِيبُونَ قَالَ: " إِنَّ أَوْثَقَ عُرَى الْإِيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِي اللهِ، وَأَنْ تَبْغُضَ فِي اللهِ،

“Lalu para sahabat menyebutkan syariat-syariat Islam. Setelah melihat mereka tidak tepat, maka Nabi bersabda: Sesungguhnya gelung iman yang palling kuat ialah kamu cinta pada jalan Allah dan kamu marah pada jalan Allah.”

Lalu dijadikan syariat-syariat ini sebagai sebahagian daripada iman. Yang utama baginya adalah cinta dan kemarahan terhadap sesuatu.

15.[8] AB Abu Abdullah al-Hafiz, HS Muhammad bin Soleh bin Hani’ dan Ibrahim bin `Ismah. Kedua-dua mereka berkata: HS As-Sari bin Khuzaimah, HS Abdullah bin Yazid al-Muqri, HS Sa`id bin Abi Ayub, daripada Abi Marhum, daripada Sahl bin Mu`az bin Anas al-Juhani, daripada bapanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ، وَأَحَبَّ لِلَّهِ، وَأَبْغَضَ لِلَّهِ، وَأَنْكَحَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ

Sesiapa yang memberi kerana Allah, menghalang kerana Allah, mencintai kerana Allah, memarahi kerana Allah, bernikah kerana Allah maka menjadi sempurnalah imannya.

Diriwayatkan seperti itu juga daripada hadis Abu Umamah al-Bahily daripada Nabi SAW tanpa menyebutkan perkahwinan. Maka telah jelas bahawa semua sifat ini adalah iman. Lebih jelas bahawa ikhlas adalah gelung iman yang paling kuat.

16.[9] AB Abu Abdullah al-Hafiz, AB Abu Bakar Ahmad bin Ishaq al-Faqih, AB Ali bin Abdul Aziz, HS Abdus Salam bin Soleh al-Harawi, HS Ali bin Musa bin Ja`far bin Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Tholib. Diceritakan kepadaku oleh bapaku, daripada Ja`far daripada bapanya, daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada Ali radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

الْإِيمَانُ مَعْرِفَةٌ بِالْقَلْبِ، وَإِقرارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِالْأَرْكَانِ

Iman ialah mengenal dengan jantung hati, membenarkan dengan lidah serta beramal dengan rukun-rukunnya.

17. HS[10] Abu Muhammad `Ubaid bin Muhammad bin Mahdi al-Qushairy, AB Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin Musa bin Ka`ab, HS Abu Muhammad al-Fadhl bin Muhammad bin al-Musayyib al-Baihaqi, HS Abu as-Salt al-Harawi Abdus Salam dan Muhammad bin Aslam. Kedua-duanya berkata: HS Ali bin Musa ar-Ridha daripada bapanya, lalu beliau menyebutkan dengan sanadnya melainkan dia berkata:

الْإِيمَانُ إِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَمَعْرِفَةٌ بِالْقَلْبِ، وَعَمَلٌ بِالْجَوَارِحِ

Iman ialah membenarkan dengan lidah, mengenal dengan jantung hati serta beramal dengan tubuh badan.

Syahid bagi hadis ini juga terdapat di dalam hadis yang sabit yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam bab bilangan cabang-cabang iman.

Adapun Firman Allah:


Sesungguhnya orang beriman dan mereka melakukan amalan soleh…
(Al-Baqarah: 277)

Allah telah menyebutkan amal soleh secara bersendirian. Begitu juga dengan firman Allah:

{إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ، وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ، وَتَوَاصَوْا بِالصَّبِرِ}

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
(Al-`Asr: 3)

Allah telah menyebutkan “berpesan dengan kebenaran” dan “berpesan dengan kesabaran” secara bersendirian. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-duanya bukan daripada amal soleh.

Demikian juga firman Allah:

{إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ}

Sesungguhnya orang beriman dan mereka melakukan amalan soleh…
(Al-Baqarah: 277)

Ia tidak menunjukkan kepada amal soleh bukan daripada iman. Tetapi maknanya ialah orang beriman itu lemah imannya – kerana mereka berpindah daripada kekufuran – kemudian dia tidak berhenti sekadar itu sahaja tetapi mereka menambah dengan amal soleh. Mereka beramal dengannya sehingga ia meningkat daripada peringkat minima kepada sempurna.

Atau kita katakan: Maksudnya ialah orang yang beriman itu adalah mereka beriman dengan Allah (billah) manakala orang beramal soleh pula adalah beriman kepada Allah (Lillah). Ia adalah dua jenis iman yang telah kami jelaskan sebelum ini. Justeru itu ia dinamakan dengan dua nama, WallahuA`lam.


[1] Rujuk Al-Minhaj: 23/1
[2] Di dalam cetakkan lain disebutkan bahawa Imam Ahmad berkata. Imam Ahmad di sini dirujuk kepada nama Imam al-Baihaqi iaitu Abu Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi.
[3] Perawi yang disebutkan di dalam hadis ini adalah dipercayai (Siqah). Mereka adalah perawi-perawi hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka berdua.
[4] Maulana Muhammad Asri ketika memberi ulasan terhadap hadis ini berkta bahawa sebahagian ulama memberi maksud at-Thuhur ini dengan makna berwudhuk, manakala al-Iman itu pula adalah solat. WallahuA`lam.
[5] Perawi hadis adalah dipercayai. Merekada adalah perawi hadis-hadis sahih.
[6] Sanadnya la ba’sa bihi melainkan Syeikh al-Baihaqi, tidak dikenali.
[7] Isnadnya la ba’sa bihi.
[8] Sanadnya Hasan.
[9] Sanad hadis ini Dhoif kerana
[10] Perawinya dipercayai kecuali Abi Salt