Bab ini terpecah daripada pendapat kita (yang lalu) bahawa seluruh ketaatan ialah keimanan. Maka ia menjadikan maksud kesempurnaan ibadah menjadikan iman sempurna, demikian juga kekurangannya menjadikan iman berkurang. Serta para orang beriman dinilai kelebihannya berdasarkan iman mereka, sepertimana mereka dinilai kelebihannya pada amalannyal. Tidak boleh seseorang berkata: Keimananku serta keimanan malaikat dan para nabi adalah sama.

Allah SWT berfirman:

لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ

…supaya mereka bertambah iman beserta dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada…
(Al-Fath: 4)

{وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا} [الأنفال: 2]،
 وَقَالَ: {وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا، فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ} [التوبة: 124]
، وَقَالَ: {وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا} [المدثر: 31]

Berdasarkan ayat di atas, maka jelas bahawa iman menerima penambahan. Apabila terdapat penambahan maka ada juga pengurangan sepertimana yang telah dijelaskan. As-Sunnah telah memberikan bukti sepertimana al-Quran.

26- Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Orang mukmin yang paling sempurna iman ialah yang mempunyai akhlak terbaik.

27- Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

إِنَّ أَكْمَلَ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِكُمْ

Mukmin yang mempunyai iman terbaik ialah yang terbaik daripada sudut akhlak. Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada wanita-wanita kamu.

Al-Halimy berkata: pendapat ini memnjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa akhlak yang baik adalah satu bentuk iman. Ketiadaan akhlak berkenaan menyebabkan iman menjadi kurang. Orang mukmin saling berbeza pada hal keimanan mereka. Sebahagian mereka mempunyai iman yang lebih baik daripada yang lain.

28- Daripada Ismail bin Raja’ daripada bapanya bercerita: Marwan telah pergi ke mimbar (pada hari raya) lalu memulakan khutbah sebelum solat. Seorang lelaki bangun lalu berkata: Wahai Marwan! Engkau telah menyelisihi sunnah! Engkau telah ke mimbar sedangkan sebelum itu belum pernah dilakukan. Engkau mulakan khutbah sebelum solat. Abu Sa`id bertanya: Siapa ini? Mereka menjawab: Fulan. Abu Sa`id lantas berkata: Dia telah melakukan apa yang aku dengar daripada Rasulullah SAW: Rasulullah bersabda:

مَنْ رَأَى أَمْرًا مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Sesiapa yang melihat satu kemunkaran maka ubahlah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, ia adalah selemah-klemah iman.

Direkodkan oleh Muslim di dalam kitab Sahih daripada hadis al-`Amasy.