Telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa Nabi SAW berkata:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

“Allah telah mencatat kebaikan-kebaikan serta kejahatan-kejahatan”. Selanjutnya beliau menjelaskan: “Sesiapa yang berniat melakukan satu kebaikan tetapi dia tidak melaksanakannya, Allah akan mencatatkan satu pahala kebaikan penuh buatnya. Sekiranya dia berniat lalu melaksanakannya, maka Allah akan mencatat 10 pahala kebaikan kepadanya sehingga kepada 700 gandaan, bahkan berlipat kali ganda. Sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah akan mencatatkan satu kebaikan penuh kepadanya. Sekiranya dia berniat lalu melakukannya maka Allah hanya mencatatkan satu kejahatan sahaja.

(HR Al-Bukhari: 6491)

Di dalam al-Sahih: Rasulullah SAW bersabda:

«يَغْزُو جَيْشٌ الكَعْبَةَ، فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنَ الأَرْضِ، يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ» قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ، وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ، وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ؟ قَالَ: «يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ»

Satu pasukan (di akhir zaman) ingin memerangi Kaabah. Apabila mereka sampai di padang yang tandus, mereka ditelan bumi daripada awal sehingga akhir (semuanya). Aisyah bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana semua mereka ditelan oleh bumi sedangkan dikalangan mereka ada rakyat biasa serta orang yang tidak bersama mereka? Baginda Nabi menjawab: Ditelan kesemua mereka kemudian semuanya dibangkitkan semula bergantung kepada niat mereka.

(HR al-Bukhari: 2118)

Imam kita Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafii berkata:

خَيرُ الدنيا والآخرةِ في خمس خصالٍ: غِنى النفسِ وكفِّ الأذى وكَسبِ الحَلالِ ولِبَاسِ التقوى والثقةِ باللهِ على كلِّ حالٍ

Kebaikan dunia dan akhirat itu pada lima perkara: Jiwa yang kaya, tidak menyakiti orang lain, hasil usaha yang halal, pakaian taqwa, serta kepercayaan teguh kepada Allah dalam setiap keadaan.

(Rujuk: Tahzib Asma wa al-Sifat: 1/178)

Al-Saayyid Al-Jalil Hammad bin Salamah (lahir:91H, wafat:167H) diriwayatkan berkata:

مَنْ طَلَبَ الْحَدِيثَ لِغَيْرِ اللهِ مُكِرَ بِهِ

Sesiapa yang mencari hadis bukan kerana Allah maka dia akan ditipu dengannya.

(Rujuk al-Jami` li Akhlak al-Rawi)

Ahmad bin Abu al-Hawārī berkata: Aku mendengar Abu Sulaiman – iaitu al-Dārānī  (lahir 140H, wafat 215H) berkata:

عَامِلُوا اللهَ بِقُلُوبِكُم

Biarkan Allah berfungsi di dalam hati kamu.

Aku (pengarang: Imam al-Nawawi) berkata: Maksudnya: Bersihkan hati-hati kamu. Sucikan serta perbaiki ia. Jangan merosakkannya dengan amalan-amalan zahir.

Al- Dārānī dinasab kepada Dāriyya: Sebuah perkampungan yang besar di hujung Damsyiq. Abu Sulaiman adalah salah seorang daripada tokoh-tokoh al-`Arifin, pemilik karamah, kecerdikan yang tinggi, serta hikmah yang terpancar. Namanya Abdul Rahman bin Ahmad bin Atiyyah. Aku (pengarang) akan menyampaikan –insyaAllah- sejumlah ilmu yang aku ambil daripadanya dalam bab al-Nafais (kerohanian). Beliau salah seorang daripada tokoh di negeri kita Dimasyq serta sekelilingnya.

Kata-kata Abu Sulaiman mirip sepertimana yang diriwayatkan daripada al-Sayyid al-Halil Abu Ali al-Fudhail bin Iyyad (Lahir: 107H). Katanya:

لَمْ يُدْرَكْ عِنْدَنَا مَنْ أُدْرِكَ بِكَثْرَةِ صِيَامٍ وَلَا صَلَاةٍ، وَإِنَّمَا أُدْرِكَ بِسَخَاءِ الْأَنْفُسِ، وَسَلَامَةِ الصَّدْرِ، وَالنُّصْحِ لِلْأُمَّةِ

Tidak dikenali di sisi kami orang yang banyak puasa dan solat. Tetapi dikenali dengan jiwa yang terbuka, dada yang tenang serta peringatan buat umat.

(Rujuk: Syuabul Iman oleh Imam al-Baihaqi: 10392)

Imam kita al-Syafii (Lahir 150H, wafat 204H) berkata:

من أحب أن يقضى الله له بالخير فليحسن الظن بالناس.

Sesiapa yang mahu Allah menentukan kebaikan baginya, hendaklah dia berbaik sangka terhadap manusia.

(Rujuk: Tahzīb al-Asmā’ wa al-Lugāt)

Abu Abdullah bin `Ato’ (Lahir 658H, wafat: 709H) berkata:

الْعِلْمُ مَوْقُوفٌ عَلَى الْعَمَلِ ، وَالْعَمَلُ مَوْقُوفٌ عَلَى الإِخْلاصِ ، وَالإِخْلاصُ لِلَّهِ يُوَرِّثُ الْفَهْمَ عَنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ilmu terhenti pada mengamalkannya. Amalan terhenti pada keikhlasan. Keikhlasan semata-mata kerana Allah mewarisi kefahaman daripada Allah.

(Rujuk: Tārikh Baghdad: 5/95)

Aku (al-Nawawi ) berkata: Ilmu memberi manfaat kepada orang yang mengharapkannya. Sepertimana yang disebutkan oleh imam kita al-Syafii:

لَيْسَ الْعِلْمَ مَا حُفِظَ ، الْعِلْمَ مَا نَفَعَ

Bukan ilmu itu sesuatu yang hanya dihafal tetapi ilmu itu apa yang memberi manfaat.

(Rujuk: Al-Madkhal Ila Sunan al-Kubrā (516))