Header Ads

Book an appointment with SetMore

Terjemahan al-Kabair: Dosa Besar 1 - Syirik kepada Allah

Syirik ialah engkau menjadikan suatu tandingan bagi Allah, sedangkan Allah yang menciptakanmu. Demikian juga seperti engkau menyebah Allah seiring dengan menyembah yang lain seperti batu, manusia, matahari, bulan, nabi, syeikh, jin, bintang, malaikat atau lain-lain.

Allah berfirman: 

48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan SyariatNya)…

(Al-Nisā’: 48)

Allah juga berfirman:

72. …bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; …

(Al-Mā’idah: 72)

Dan Allah juga berfirman:

… Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

(Luqmān: 13)

Ayat-ayat mengenai dosa besar bagi syirik ini sangat banyak. Justeru itu, sesiapa yang membuat syirik kepada Allah lalu mati sebagai seorang pelaku syirik, maka dia telah menjadi sebahagian daripada ahli neraka secara pasti. Seperti itu juga sesiapa yang  beriman kepada Allah lalu mati sebagai seorang mukmin maka dia akan tergolong sebahagian daripada penghuni syurga sekalipun terlebih dahulu diazab.

Nabi SAW bersabda:

«أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الكَبَائِرِ؟» ...«الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ،..

Mahukah kamu aku beritahu tentang dosa besar yang paling besar?... syirik kepada Allah… al-Hadis .
Nabi juga bersabda: 

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ

Jauhilah 7 (dosa) yang membinasakan… 

Kemudian Nabi menyebutkan salah satunya ialah syirik.

Nabi SAW juga bersabda: 

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia. Hadis berkenaan sahih.

No comments

Powered by Blogger.