KHUTBAH PERTAMA

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ، فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ، فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ} .

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} .

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} .

أَمَّ بَعد،

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, 

Saya berpesan pada diri saya dan sekalian yang hadir marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan meningkatkan dan menambah ilmu, amal dan iman. Hanya dengan bekalan itu kita mampu mentaati sepenuhnya perintah yang datang daripada Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua digolongkan sebagai orang yang bertakwa di sisi-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Amalan beragama di dalam Islam dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk. Sebahagian ibadat menfokuskan pada ucapan dan lidah seperti doa, zikir, berdakwah mengajak ke arah kebaikan, menyuruh melaksanakan tuntutan agama, melarang kemungkaran, mengajar orang, membimbing ke arah kebenaran dan lain-lain.

Sebahagian ibadat yang lain pula menfokuskan perbuatan tubuh seperti solat. Demikian juga sebahagian lain menfokuskan kepada harta seperti zakat. Ada juga yang menggabungkan kedua-duanya seperti haji dan jihad membela agama Allah di medan perang.

Di antara kepelbagaian tersebut, terdapat ibadat yang tidak bersifat perbuatan tubuh badan serta kata-kata, tetapi ia menfokuskan kepada menahan diri dan mencegah sahaja. Itulah puasa. Ia melarang daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula daripada masuk waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib.

Perbuatan Yang Positif

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Apabila melihat sifat puasa yang bertindak melarang diri daripada makan dan minum, sebahagian besar manusia melihat ia sebagai sesuatu yang negatif. Tetapi sebenarnya ia bersifat positif jika difikir dengan tenang. 

Dengan berpuasa, umat Islam telah menetapkan niat meninggalka seluruh larangan Allah serta berusaha tidak menuruti nafsu semata-mata. Ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah Taala. Justeru itu ia menjadi amalan yang dilakukan atas kehendak sendiri yang sangat berat di atas timbangan mizan dan qabul. 

Berpuasa bukanlah perkara baru di atas muka bumi ini. Ia telah dikenali sejak berzaman lagi. Manusia telah mengenali bentuk dan caranya tetapi ia berbeza daripada sudut praktis. Majoriti manusia telah mengetahui bahawa puasa itu meninggalkan makan dan minum. Bahkan di hospital juga mereka memberi arahan “Puasa” kepada orang yang mahu dibedah.

Allah berfirman: 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu. Moga-moga kamu bertaqwa.

(Al-Baqarah: 183)

Namun begitu, puasa umat Islam tidak sama seperti puasa-puasa lain. Ia mempunyai ciri-cirinya yang khusus. Yang paling utama ialah ia bersifat mengikat utuh hubungan hamba dan tuhannya.

Bulan Berpuasa

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Ketinggian serta kebesaran puasa di dalam agama ini dapat dilihat apabila Allah Taala telah memilih satu bulan yang diwajibkan untuk berpuasa. Ia adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah bulan wahyu pertama diturunkan. Ia adalah bulan Ramadhan. 

Al-Quran diturunkan pada bulan ini. Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri di dalam al-Rahiq al-Makhtum menyatakan bahawa Al-Quran mula diturunkan pada 21 Ramadhan bertepatan dengan tarikh 10 Ogos 610 M. Umur Nabi Muhammad ketika itu tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari berdasarkan perkiraan bulan. Sedangkan, jika memakai kiraan matahari, maka umur baginda waktu itu ialah 39 tahun 3 bulan 22 hari.

Allah berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ...

Bulan Ramadhan ialah bulan al-Quran diturunkan yang menjadi petunjuk kepada manusia serta keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan atara benar dan salah. Apabila kamu melihat datangnya bulan berkenaan, maka berpuasalah. Namun bagi sesiapa yang sakit atau bermusafir, mereka hanya perlu menggantikan pada hari yang lain. Allah sentiasa berkehendak kepada kemudahan dan tidak bertujuan menyusahkan..

(Al-Baqarah: 185)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Demikianlah agama kita memuliakan puasa dengan menjadikan ia diwajibkan pada bulan keagungan wahyu. Ia seolah-olah memberi isyarat kepada umat Islam bahawa; Puasa dimuliakan dengan kemuliaan bulan al-Quran diturunkan, al-Quran yang menjadi panduan umat Islam. Al-Quran mesti dibaca di bulan Ramadhan. Iajuga wajib dihayati kerana ia adalah wahyu ilahi. 

Rahsia Puasa: Menguatkan Roh

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Apabila menyebutkan tentang rahsia, maka tidak semua orang mengetahuinya. Demikian juga rahsia berkenaan hanya dialami oleh orang tertentu sahaja. Di dalam bab rahsia puasa, ia hanya akan dirasai oleh orang yang benar-benar menjadikan puasa sebagai ruang ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Sebelum mengetahui rahsia puasa, kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui tentang manusia dan hakikatnya terlebih dahulu. 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Siapakah manusia? Apakah sebenarnya mereka ini? Adakah manusia hanyalah batang tubuh yang berdiri tegak dan mampu berjalan dengan dua kaki? Jika itulah disebut manusia, maka tiada beza antara manusia dengan kera, gorila, dan king kong! 

Siapakah manusia? Apakah sebenarnya mereka ini? Adakah manusia hanyalah makhluk yang mempunyai anggota tubuh, tangan, kaki, tulang dan pembuluh darah? Jika itulah hakikat sebenar manusia, maka ia adalah makhluk yang sangat kecil dan tidak bermakna!

Manusia bukan hanya sekadar batang tubuh. Bersama-sama dengan dirinya ialah roh yang mulia dan bernilai tinggi. Roh berkenaan mendiami tubuh badan manusia. Roh mulia itu diselaputi oleh tubuh badan yang bersifat sementara.

Dengan roh inilah manusia mampu berfikir, beremosi, menjadi pemimpin di atas muka bumi dan dimuliakan sehingga ke langit illahi. Justeru itu, apabila Allah SWT telah menyiapkan tubuh Adam dan meniupkan Roh kepadanya, Allah memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepada Adam. Firman Allah:

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ (71) فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ (72)

(ingatkalah peristiwa) ketika Tuhamu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah. Kemudian setelah Aku menyempurnakannya serta meniupkan roh kepadanya daripada roh (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu semua bersujud kepadanya.”

(Sod: 71-72)

Demikianlah keadaan manusia! Rohnya bernilai tinggi sekalipun jasadnya rendah. Jasad hanyalah umpama rumah bagi penghuni, pada bila-bila waktu si penghuni boleh keluar daripada rumahnya. Rumah hanya untuk menjaga kebajikan penghuni sahaja. Ia tidak kekal selama-lamanya dan tidak dibawa ke mana-mana. 

Tetapi sungguh pelik sebahagian manusia! Mereka membiarkan diri mereka bagi menjaga kebajikan rumah. Mereka mengabaikan roh tetapi jasad menjadi keutamaan. Penyair Arab menyebutkan:

إنما الدنيا طعام وشراب ومنام ، فإذا ما فاتك هذا فعلى الدنيا السلام

Dunia ini hanyalah makan, minum dan tidur sahaja. Apabila engkau berpisah dengannya, maka ucapan salam sahaja kepada dunia ini!

Puasa menjadikan roh manusia kuat. Ia adalah makanan roh. Justeru itu, Allah berfirman: 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang beriman! Telah ditulis (kewajipan) berpuasa kepada kamu sepertimana telah berlaku kepada orang sebelum kami, supaya kamu bertaqwa.

(Al-Baqarah: 183)

Ayat berkenaan menyatakan rahsia besar puasa ialah mendidik roh untuk bertaqwa. Pendidikan taqwa tidak menjadikan tubuh badan sihat dan kuat secara langsung, tetapi ia memberikan kekuatan yang jitu kepada roh. 

Puasa Mendidik Kesabaran

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Kekuatan roh kepada kesabaran juga dinilai dengan berpuasa. Disebutkan di dalam hadis yang Dhoif secara sanad, sahih secara praktikal, Nabi SAW dikatakan bersabda: 

لِكُلِّ شَيْءٍ زَكَاةٌ، وَزَكَاةُ الْجَسَدِ الصَّوْمُ وَالصِّيَامُ نِصْفُ الصَّبْرِ

“Setiap perkara mempunyai zakat (penyuci). Zakat bagi tubuh badan ialah puasa. Puasa itu adalah setengah daripada kesabaran.”

(HR Abu Daud: 1745. Perawi bernama Musa bin Ubaidah di dalam hadis ini dinilai Dhoif oleh ramai ulama hadis.)

Disebutkan puasa adalah setengah daripada kesabaran kerana menurut al-Qaradhawi di dalam kitab Al-Ibadat fi al-Islām, manusia mempunyai 3 kekuatan: pertama, kekuatan syahwat keinginan seperti yang ada pada haiwan-haiwan ternakan. Kedua, kekuatan kemarahan seperti yang ada pada haiwan buas. Ketiga kekuatan roh seperti yang ada pada malaikat. Apabila seorang manusia berpuasa dan menjaga kesabaran, maka dia telah memelihara kekuatan rohnya. 

Demikianlah sebahagian daripada rahsia puasa. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

KHUTBAH KEDUA:

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، فيا عباد الله اتقوا الله أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون، أما بعد،

Ibadat Yang Lengkap

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, 

Puasa adalah salah satu ibadah yang dilakukan oleh umat Islam yang bersifat menyerahkan sepenuh jiwa kepada Allah. Ia adalah matlamat utama di dalam setiap ibadah yang dilakukan. Sekiranya tiada penyerahan jiwa secara total ini, maka ia belum diiktiraf sebagai ibadah. 

Apabila Allah mengarahkan sesuatu seperti larangan atau perintah, maka hamba hendaklah menjawab: سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا   Kami dengar dan kami taat. 

Seorang yang berpuasa telah meninggalkan makan dan minumnya. Dia membiarkan dirinya lapar dan dahaga sedangkan di koceknya mempunyai wang untuk membeli dan menjamah makanan, di rumahnya penuh lauk-pauk yang boleh dimasak bila-bila masa sahaja. Tetapi dia meninggalkannya hanya semata-mata kerana Tuhannya berkata: كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ  Telah diwajibkan kepada kamu berpuasa! 

Hamba itu berpuasa kerana menuruti perintah Tuhannya tanpa berkata apa-apa. Apa yang dia mahu sampaikan hanyalah ruang ibadat dan ketaatan sahaja. Justeru itu, Allah bersabda di dalam hadis Qudsi: 

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ 

Hamba itu meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku! Puasanya adalah untuk-Ku! Maka Akulah yang paling layak memberi ganjaran pahala kepadanya.

(HR Al-Bukhari: 1894)

Demikianlah sifat puasa. Ia bukan untuk menyeksa manusia. Ia bertindak menguatkan roh, menyihatkan tubuh badan, memperkasakan jati diri, memperkasakan kesabaran, menghayati nikmat, serta mendidik kasih sayang. Demikianlah hebatnya Allah mendidik hamba-hambanya yang beriman.

إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا ملكنا المعظم سلطان سلاعور سلطان شرف الدين ادريس شاة الحاج ابن سلطان صلاح الدين عبد العزيز شاة الحاج 

عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,واللهُ يعلم ما تصنعون.