Kalender yang digunakan secara meluas pada hari ini ialah kalender masihi atau lebih dikenali dengan nama Kalender Gregorian. Ia dinamakan begitu bersempenan pengasasnya iaitu Pope Gregory XIII (Lahir 7 Januari 1502, meninggal 10 April 1585). Pope Gregory XIII merupakan pope bagi orang Kristian Katolik yang tinggal di Kota Rom bermula 13 May 1572 sehingga dia meninggal dunia.

Beliau mengumumkannya pada bulan Oktober tahun 1582. Lebih kurang pada Ramadhan tahun 990H. Bermaksud ia lewat diumumkan berbanding kalender Hijrah yang telah bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (Meninggal 23H).

Kalender ini merupakan penggantian terhadap Kalender Julian yang diasakan oleh Julius Caesar pada tahun 46 SM. Ia adalah kalender yang dikemaskini daripada kalender Roman Kuno. Bermaksud, kalender ini adalah kalender lama yang sering diubah-ubah berdasarkan kepada kepentingan tertentu.

Pada asalnya, gereja-gereja di tempat lain masih belum menggunakan kalender ini secara rasmi. Tetapi dengan kerja berterusan untuk menaikkannya, maka negera eropah yang terakhir mempraktikkan kalender ini ialah Greece pada tahun 1923.

Secara umumnya, kalender ini diwujudkan bagi memudahkan orang-orang Kristian beribadat. Secara khususnya, kalender ini mahu digunakan secara rasmi oleh seluruh orang Kristian dengan tujuan merayakan Easter Day (Hari Kebangkitan) pada hari yang sama. Dahulu, mereka berbeza-beza berdasarkan perkiraan setiap gereja yang berbeza.

Easter Day berlaku pada musim bunga (spring). Roman Catholic Church menyatakan bahawa musim tarikh tepat bagi Easter Day tidak dapat dipastikan. Gereja Besar Iskandariah merayakan Easter Day pada diantara 8 Mac sehingga 5 April. Manakala Gereja Rom menggunakan pula di antara 5 Mac sehingga 2 April.

Sifat khusus bagi kalender Gregorian ialah: Ia merupakan kelender berdasarkan kitaran matahari. Ia mengira satu tahun bermaksud kitaran penuh bumi mengelilingi matahari iaitu 365 dan ¼ hari. Pengaruh jenis kiraan ini diambil daripada kalender kuno Mesir.

Nama-nama Bulan

Saya nyatakan di sini nama-nama bulan dan maksudnya. Secara umumnya nama bulan diambil daripada kalender asal iaitu kalender Rom Kuno.

Bulan
Penjelasan
Januari
Daripada Janus yang merupakan Tuhan Penjaga Pintu, Permulaan dan Pengakhiran – dia adalah Tuhan kepercayaan Rom Kuno.
Februari
Daripada Februus atau Februarius yang merupakan Tuhan Kematian
Mac
Daripada Mars – Tuhan Peperangan
April
Daripada Aphrodite – Tuhan Cinta, Kecantikkan dan Seks
May
Daripada Maia Maiestas – manusia yang menjadi Isteri Zeus dan ibu kepada Hermes.
Jun
Diambil daripada Juno – Tuhan Perkahwinan dan Kelahiran Anak.
Julai
Diambil daripada Julius Caesar
Ogos
Diambil daripada Augustus – Panglima Pertama Rom yang lahir pada 27SM dan mari pada 14 SM.
September
Diambil daripada septem yang merupakan istilah latin yang bermaksud 7.
Oktober
Diambil daripada Octo yang merupakan istilah latin yang bermaksud 8.
November
Diambil daripada Novem yang merupakan istilah latin yang bermaksud 9.
Disember
Diambil daripada Decem yang merupakan istilah latin yang bermaksud 10.

Perayaan Kristian Berkaitan Kalender Ini

Apabila kita mengetahui sejarah kalender ini, maka telah pasti kita mengetahui hubungannya dengan agama Kristian. Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa orang Kristian beragama dengan kalender ini. Bahkan itulah yang diusahakan oleh orang cerdik pandai mereka untuk menyatukan Kristian.

Dalam kalender Julian, blan pertama ialah Mac tetapi apabila ia mendapat pengaruh Kristian yang beranggapan Isa dilahirkan dan dibaptis pada 25 Disember, mereka telah menarik tarikh 1 Januari sebagai tarikh perayaan. Ia adalah pakej bagi perayaan Krismas. Mereka merayakan hari berkenaan sepertimana Rom Kuno merayakan hari kelahiran Herkules.

Nota: Kajian ini merupakan bentuk kajian permulaan dalam bab kalender Gregorian. Saya berharap diberikan masa, kekuatan dan semangat untuk meneruskan kajian pada waktu yang lain.

Penggunaan Kalender Masihi adalah Salah?

Daripada suut praktikal, umat Islam khususnya di Malaysia telah menggunakan kalender ini. Bahkan mereka tidak beribadah dengan kalender ini. Justeru itu, saya menyatakan kesimpulan awal bahawa tiada salah menggunakannya atas alasan memudahkan urusan keduniaan semata-mata.

Daripada sudut ketepatan, saya lebih cenderung kepada kalender yang mengikuti bulan seperti kalender Hijri yang telah diasaskan oleh saidina Umar al-Khattab.