Perutusan Nabi Muhammad saw sebenarnya membawa mesej cinta Allah kepada umatnya. Maka diutuskan Rasulullah saw dengan membawa bersamanya rahmat sebagai tanda & bukti kasih sayang Allah.

1. Sempena Maulidur Rasul ini, kita mengambil kesempatan untuk muhasabah diri kita. Apa pendapat ustaz, bagaimana keimanan & kasih sayang kita pada Rasulullah boleh menjadi wasilah (penyambung) kasih sayang kita pada Allah?

Abu Thalib, bapa saudara Rasululluah amat menyayangi Rasulullah ﷺ. Dia mempertahankan Rasulullah ﷺ dari disakiti oleh puak kafir Quraisy. Namun, dia hanya mempunyai cinta, tidak mengikut.

Al-Musayyib bin Hazn telab bercerita:

Ketika saat genting kematian Abu Thalib, Rasulullah ﷺ telah datang kepadanya. Baginda mendapati Abu Jahal bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah telah berada disamping Abu Thalib. Rasulullah ﷺ pun berkata kepada Abu Thalib:

“Wahai pak cik, sebutlah ‘La ilaha illa Allah’. Sebaris kalimah yang akan dapat menjadikan aku saksimu ketika berada disisi Allah”

Lantas Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah pun berkata kepada Abu Thalib: “Wahai Abu Thalib! Adakah kamu membenci agama Abdul Muthalib?”

Rasulullah ﷺ terus menerus menerus menawarkan syahadah kepada pak ciknya, Abu Thalib. Begitu juga Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah, mereka mengulang-ngulang ucapan mereka. Perkara itu berlanjutan sehinggalah Abu Thalib menamatkan kata-katanya dengan terus berada atas agama Abdul Muthalib (Kafir). Dia berpaling dari menyebut “La Ilaha Illa Allah”.

 [Rekod Sahih al-Bukhari: 1360]

Abdullah bin Ubai bin Salul, Kepala munafik Madinah mengikut segala perbuatan Nabi ﷺ. Namun dia menyimpan dendam terhadap Rasulullah ﷺ. Sehinggakan anaknya sendiri (Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul) pernah meminta kebenaran Rasulullah ﷺ untuk membunuh bapanya sendiri.

Dia (Abdullah bin Abdullah bin Ubai) meminta kebenaran Nabi ﷺ untuk membunuh bapanya, namun Nabi ﷺ melarang dia melakukan perkara tersebut.

[Direkod oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: 6491]

Abu Thalib dan Abdullah bin Ubai, keduanya tidak mendapat kurniaan syurga. Kerana mereka tidak menghimpunkan Cinta dan Mengikut.

Namun, lihatlah betapa cinta anak Abdullah bin Ubai. Cintanya kepada Rasulullah ﷺ setelah melihat kelukaan demi kelukaan yang disebarkan oleh bapanya sendiri kepada Rasul yang paling dia cinta

Para sahabat Rasulullah ﷺ menghayati suruhan Allah Taala:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu menycintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun, dan Maha Mengasihi.

[Ali Imran: 31]

Abdullah Nasih Ulwan menyatakan dalam bukunya, Islam dan Cinta (الإسلام و الحب ) bahawa Abu Sufian pernah berkata:

Aku tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan manusia yang mencintai manusia lain sepertimana cintanya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.

2. Seperti yang kita ketahui, di dalam kehidupan ini sekecil-kecil tindakan, perlakuan, percakapan atau apa sahaja penyelesaian masalah, Rasulullah telah memberi panduan melalui sunahnya. Ini tanda kasih baginda pada umatnya. Bagaimana kita ingin hidupkan sunnahnya?

Al-Sunnah daripada sudut bahasa: sirah atau cara yang biasa digunakan. Daripada definasi ulama Usūl Fiqh pula, ia membawa maksud:

كُلُّ ماَ صَدَرَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أُوْ تَقْرِيْرٍ
Setiap perkataan (al-Qawliyyah), perbuatan (al-Fi`liyyah) serta penyaksian (al-Taqrīriyyah) yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

3. Kita mengakui Rasulullah saw sangat kasih kepada umatnya. Bukan sahaja umat sezaman dengannya malah kita semua umatnya yang belum ditemui ini juga. Persoalannya ustaz bagaimana Rasulullah boleh mengasihi kita sedangkan kita & baginda belum pernah bertemu? Dan bagaimana insan yang tidak pernah bertemu ini boleh mengasihi?

4. Rukun Iman ada 6, salah satunya adalah percaya kepada Rasul. Percaya & mengaku kasih sahaja tidak mencukupi, perlu ada usaha yang lain. Apakah usaha yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita ingin dapatkan kasih sayang Rasulullah saw & mendapat syafaatnya?

5. Apakah antara rutin harian yang Rasulullah saw suka lakukan yang boleh kita ikuti?

6. Secara fitrahnya,naluri seorang manusia akan jatuh cinta pada seseorang yang mempunyai akhlak yang baik, rupa paras yang cantik, tubuh yang molek. Bolehkah ustaz kongsikan Akhlak & fizikal Rasulullah supaya kita boleh kenal dengan lebih dekat?

Sifat Fizikal Nabi Muhammad – Daripada Hadis Sahih.

Pada bahagian ini, saya hanya akan nyatakan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW berdasarkan hadis yang sahih - yang telah terkumpul di dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah karya Imam al-Tirmizi.
1. Tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah. Bahu baginda - bidang.
2. Kulitnya tidak putih pucat, juga tidak sawo matang. Kulitnya berwarna putih kemerah-merahan.
3. Rambutnya tidak terlalu kerinting, tidak juga terlalu lurus. Ia terurai melebihi telinga dan mencecah bahunya. Demikian juga rambut baginda tebal.
4. Sebelum wafat pada umur 63 tahun, uban baginda tidak melebihi 20 helai. 
5. Jika berjalan, baginda berjalan cepat dan badannya condong ke hadapan.
6. Mulutnya lebar - iaitu seimbang dengan rupa bentuk muka.
7. Belahan matanya panjang.
8. Tumitnya nipis.
9. Baginda pernah memakai pakaian berwarna merah pada waktu malam bulan purnama.
10. Bentuk wajahnya tidak bujur seperti pedang tetapi bulat seperti bulan. 
11. Wajah baginda paling mirip dengan wajah Nabi Ibrahim.
12. Tanda-tanda kenabian baginda berwarna kemerah-merahan - terdapat di antara kedua-dua bahu baginda. Tanda itu seperti telur burung puyuh atau merpati. Ia adalah bahagian daging yang timbul sebesar gengaman tangan. 
13. Rasulullah memasuki kota Mekah di dalam keadaan mendandan rambutnya kepada empat ikatan. 
14. Rasulullah bersisir rambut dengan membelah ke kiri dan ke kanan. 
15. Uban baginda berwarna kemerah-merahan dan berada di bahagian antara mata dan telinga.
16. Baginda meminyakkan rambutnya sehingga tertutup keberadaan uban-ubannya.
17. Kadangkala Nabi Muhammad memakai pakaian berwarna hijau, putih dan hitam.
18. Ummu Salamah dan Anas bin Malik menyatakan bahawa Nabi pernah mewarnakan rambutnya dengan daun inai.
19. Rasulullah mempunyai peralatan bercelak. Baginda bercelak sebelum tidur sebanyak tiga kali di setiap mata.
20. Rasulullah suka memakai dua jenis pakaian; iaitu Qamis dan Hibarah. 
- Qamis; Sejenis pakaian berjahit, berlengan panjang sehingga pergelangan, berkocek dan labuh meliputi seluruh badan. 
- Hibarah: Sejenis kain daripada Yaman yang diperbuat daripada kapas.
21. Pakaian Rasulullah mempunyai corak. 
22. Nabi pernah memakai jubah buatan Rom yang sempit pada bahagian lengan. 
23. Rasulullah pernah memiliki Khuf berwarna hitan yang dihadiahkan oleh Najasyi. 
24. Selipar Rasulullah mempunyai dua tali ikat.
25. Cincin Nabi yang dipakai disebelah tangan kanan diperbuat daripada perak dan batunya daripada batu hitam dari Habasyah. Ia digunakan sebagai cop mohor. Kadang kala baginda tidak memakainya. Ukiran cincin baginda tertulis; Muhammad sebarais, Rasul sebaris dan Allah sebaris. 
26. Rasulullah memakai topi besi ketika perang dan memakai serban pada waktu-waktu biasa. Serban baginda berjuntai ekornya, dan berwarna hitam; ketika berkhutbah.
27. Setelah makan, baginda menjilat tiga jarinya.

Ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk buku berjudul: “Yaqazah: Bertemu Nabi Secara Jaga”.

7. Ada sesetengah yang mendakwa mereka hanya kasih pada Rasulullah saw tapi mencemuh sahabatsahabat baginda. Padahal Rasulullah saw sangat kasih pada sahabatnya juga. Pendapat ustaz?

Definasi Sahabat: Sahabat adalah siapa yang pernah berjumpa Nabi ﷺ dan beriman dengan baginda, serta mati dalam keadaan seorang Islam.

[Ruj. Ibnu Hajar: al-Ishabah fi Tamyiz Baina Shahabah]

Rasulullah berkata: Sebaik-baik umatku adalah yang berada dalam kurunku, kemudian orang yang selepas mereka, kemudian orang yang selepas mereka … Kemudian, akan datang suatu kaum selepas kamu ini, yang memberi kesaksiaan sedangkan mereka tidak diminta memberi saksi, Mereka berkhianat dan tidak menunaikan amanah. Mereka bernazar tetapi tidak menunaikan nazar tersebut. Terlihatlah kesan kegemukan pada diri mereka.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3650]

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)
Bagaimana kita mahu menjadikan diri kita sebagai lebih baik daripada para sahabat? 

8. Ada sesetengah dari masyarakat kita mendakwa, kita tidak perlu ikut sunnah Rasulullah, cukup la hanya kita ikut Al-Quran. Apa pendapat ustaz?

Kehujah al-Sunnah

Para ulama telah besepakat bahawa wajib mengikuti al-Sunnah al-Nabawiyyah sepertimana mengikuti al-Quran di dalam istibat hukum syara`. Al-Sunnah ialah sandaran kedua di dalam pensyariatan. Dalil bagi perkara ini sangat banyak di dalam al-Quran, Ijmak dan Akal. 

Pertama: Al-Quran: Allah telah mewajibkan bagi orang beriman untuk taat serta mengikuti Nabi SAW. Allah telah menjadikan ketaatan kepada Nabi sebagai menunjukkan taat kepada-Nya. Allah juga memerintahkan umat Islam merujuk perkara yang mereka selisihi kepada Allah dan rasul. Allah juga tidak memberi izin kepada orang beriman lelaki dan wanita untuk membuat pilihan setelah ia ditentukan Allah dan rasul. Allah juga menafikan keimanan kepada sesiapa yang tidak menerima perintah Rasulullah, di dalam ayat yang banyak sekali: 

Antaranya: 

59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Al-Nisa: 59)

80. sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;…

(Al-Nisa: 80)

65. maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

(Al-Nisa: 65)

36. dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka…

(Al-Ahzāb: 36)

… dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. …

(Al-Hasyr: 7)

31. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. ..

(Ali Imrān: 31)

... oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

(Al-Nur: 63)

Ayat-ayat tersebut dan lainnya menunjukkan bahawa wajib mengikuti Rasulullah SAW di dalam sunahnya. Sunnah yang sahih adalah wajib diikuti, tidak selainnya. 

Kedua: Ijmā` para sahabat Nabi SAW: Para sahabat Nabi SAW telah bersepakat di atas isu kewajipan beramal dengan sunnah al-Nabawiyyah setelah al-Quran. Ia menunjukkan telah beramal dengan perintah-perinah al-Quran. Perkara ini ditunjukkan melalui pertanyaan Nabi SAW kepada Mu`āz dalam pengadilan di Yaman: “Apabila kamu tidak temui di dalam Kitāb Allah? Muāz menjawab: Aku akan mengadili dengan al-Sunnah Rasulullah SAW.” Justeru itu, ia menjadikan al-Sunnah menjadi pengikut dalam manhaj sahabat dalam berfatwa serta memutuskan hukuman sekiranya tidak ditemui hukum berkenaan di dalam al-Quran.para tabiin yang datang kemudian turut mengikuti manhaj ini sehinggalah kepada zaman kita hari ini. 

Ketiga: Logik Akal: Tidak mungkin untuk beramal dengan hukum yang umum di dalam al-Quran tanpa mendapat penjelasan al-Sunnah. Proses Nabi SAW menyampaikan wahyu Tuhannya melalui dua perkara; Pertama membacakan al-Quran, dan kedua Nabi SAW menjelaskannya. Jadilah Syariah itu sebagai satu jasad yang mengumpulkan al-Quran dan al-Sunnah secara bersama tanpa boleh dipisahkan di antara kedua-duanya.

Dalil bagi perkara berkenaan ialah firman Allah: 43. dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, …(Al-Baqarah: 43) Firman Allah:… Diwajibkan berpuasa …(Al-Baqarah: 183)
Firman Allah:… dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadanya…(Ali Imrān: 97) Firman Allah:… Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…(Al-Baqarah: 275)Firman Allah:…dan (sebaliknya) Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yang lain daripada Yang tersebut itu,..
(Al-Nisā’: 24) Firman Allah: 38. dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka …(Al-Māidah: 38)

Demikian juga ayat-ayat yang lain yang memerlukan kepada penjelasan. Rasulullah SAW telah menjelaskan cara mengerjakan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramaḍān, menunaikan syariat haji, menjelaskan syarat-syarat jual beli yang benar, jenis riba yang bersifat jenayah, siapakah wanita yang harus dikahwini, bahagian tangan yang dipotong kerana kesalahan mencuri dan sebagainya. Penjelasan Nabi itu adalah suatu kewajipan sebagai mentaati perintah Allah Azza wa jalla di dalam firman-Nya:

… dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka..

(Al-Nahl: 44)

Sekiranya al-Sunnah tidak memberikan penjelasan bagi hukum-hukum berkenaan, maka akan merencatkan pelaksanaan. Ia menjadikan al-Sunnah al-Sābitah sebagai wajib untuk diikuti di dalam semua aspek sama ada apabila ia menjelaskan ayat al-Quran yang umum atau mengikat ayat yang mutlak. Ataupun, al-Sunnah membawa hukum baharu yang tidak disebutkan di dalam al-Qurān kerana akhirnya al-Sunnah itu membawa maksud ia adalah wahyu daripada Allah. Allah berfirman secara jelas: 

3. dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
(Al-Najm: 3-4)

9. Boleh ustaz ceritakan sedikit detik-detik kewafatan Rasulullah saw?

Ulama tidak bersepakat tentang tarikh kelahiran Nabi SAW. Sebahagian menyatakan bahawa Nabi lahir pada 8 Rabiul Awal, 9 Rabiul Awal atau 12 Rabiul Awal pada tahun 571 Masihi.

Pendapat yang kuat berdasarkan kajian kalender menunjukkan 9 Rabiul Awal itu lebih tepat. Ia bertepatan pada hari Isnin, 20 April 571 Masihi, tahun pertama berlakunya peperangan bergajah (al Fil).

Majoriti Ulama bersepakat menyatakan: Tarikh kewafatan Rasulullah adalah pada 12 Rabiul Awal tahun ke 11 Hijrah. Manakala Ibnu Hajar menyatakan Rasulullah wafat pada 2 Rabiul Awal.tapi pendapat kajoriti ulama adalah lebih tepat dalam isu ini.

Allah lebih tahu.

“Dari Aisyah, bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersandar di dadaku, Abdurrahman bin Abu Bakr masuk ke rumah sambil membawa kayu siwak yang biasa dia pakai. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun melihat kepadanya. Aku berkata kepadanya; ‘Berikan siwak itu kepadaku wahai Abdurrahman! ‘ Lalu dia memberikannya kepadaku. Kemudian aku bersihkan, dan aku kunyah setelah itu aku berikan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau pun bersiwak dengannya. Aku tidak pernah melihat sebelumnya beliau bersiwak sebaik itu. Setelah selesai, beliau mengangkat tangannya, atau jarinya seraya berkata; ‘Arrafiiqul A’laa, Arrafiiqul A’laa (Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi) sebanyak tiga kali. Lalu beliau wafat. Aisyah berkata; ‘Beliau wafat di antara dagu dan tenggorokanku.'”

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1574.

Dari Aisyah r.a., katanya: Di antara nikmat Allah kepada saya, Rasulullah s.a.w.  wafat di rumah saya, di hari giliran saya, antara dada dan leher saya (bersandar kepadanya). Dan Tuhan mempercampurkan air liur saya dengan air liur beliau kerana sugi waktu beliau akan wafat.  Abdur Rahman datang ke rumah saya, di tangannya ada sugi (pembersih gigi) sedang Rasulullah s.a.w. bersandar kepada saya. Saya lihat beliau memandang kepadanya. Saya ketahui bahawa beliau ingin bersugi. Saya tanyakan: “Akan saya pakaikan sugi itu untuk tuan?” Lalu beliau isyaratkan dengan kepala beliau (mengatakan setuju). Lalu saya berikan kepada beliau dan terasa keras oleh beliau. Lalu saya berkata: “Akan saya lunakkankah untuk tuan?” Beliau isyaratkan dengan kepala (tanda setuju). Lalu saya lunakkan dengan gigi. Dan di hadapan beliau ada bejana kecil atau bejana besar yang berisi air. Lalu beliau masukkan kedua tangan beliau ke dalam air itu dan beliau sapukan ke muka beliau sambil bersabda: “Tiada Tuhan selain Allah! Sesungguhnya bagi kematian itu ada sakaratul maut”. Lalu beliau mengangkat tangannya sambil mengucapkan: “Teman Yang Maha Tinggi”. Lalu beliau wafat dan rebahlah tangan beliau.

Rujukan Takhrij Hadis: Dorar.net

Rujukan Maksud Hadis: Kutub Tis’ah dan Mutiara Halaman Hadis www.sigir.uitm.edu.my/webhadis

10. Apakah pesanan Rasulullah pada umatnya?

DARI SUDUT KEKELUARGAAN

11. Untuk wujudkan kasih sayang kepada Rasulullah, rasa itu perlu dipupuk. Bagaimana kita ingin pupuk rasa ini di dalam jiwa anak-anak? Supaya akhlaknya itu seperti yang diajar oleh Rasulullah saw.

12. Sifat Rasulullah ada 4 (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah) , macam mana kita nak suntik sifat-sifat nabi ini dalam hidup keluarga kita?