1. Walaupun kehidupan dunia belum berakhir sebelum datangnya hari kiamat. Apakah syurga dan neraka sekarang ini telah wujud?

Jawapan: Para ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah telah bersepakat bahawa syurga dan neraka telah wujud bahkan kekal wujud sehingga hari ini dan akan berkekalan. Pelbagai hadis dan ayat al-Quran menegaskan tentang pandangan ini.

1- Allah berfirman di dalam ayat 133, surah Ali Imran:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang telah disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

(Ali Imran: 133)

Demikian juga firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 24:

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

(Al-Baqarah: 24)

Perkataan “أعدت” ialah di dalam bentuk فعل الماضي  yang membawa maksud telah dilakukan – ia telah disediakan.

Allah juga berfirman di dalam hadis Qudsi:

أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ، وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ

Aku telah siapkan untuk hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tiada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengarnya serta tidak terlintas di dalam jantung hati manusia.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih: 7498)

2- Nabi SAW pula bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ، فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu meninggal dunia, maka diperlihatkan kepadanya tempatnya di waktu pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia ahli syurga. Dan jika termasuk ahli neraka, maka ia ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: ”Inilah tempatmu sehingga Allah bangkitkan kamu pada hari Kiamat.”

(HR Al-Bukhari di dalam Sahih: 1379)

2. Syurga adalah tempat kemuliaan yang abadi iaitu tempat yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna. Allah sediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Boleh ustaz terangkan kenikmatan syurga yang dinyatakan dalam al-Quran.dan hadis?

Jawapan: Pelbagai gambaran syurga terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis. Sesiapa yang membacanya pasti akan berjumpa. Tetapi, saya bertujuan menjelaskannya secara ringkas berdasarkan hadis Nabi SAW berikut:

Dari Ibnu Umar, beliau menyatakan:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ n عَنِ الْجَنَّة: كَيْفَ هِيَ؟ قَالَ: مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَحْيَى لاَ يَمُوتُ، وَيَنْعَمُ لاَ يَبْأَسُ، وَلاَ تَبْلَى ثِيَابُهُ، وَلاَ يُبْلَى شَبَابُهُ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ بِنَاؤُهَا؟ قَالَ: لَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ، وَلَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ، مِلاَطُهَا مِسْكٌ، وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ وَالْيَاقُوتُ، وَتُرَابُهَا الزَّعْفَرَانُ.

Rasulullah SAW ditanya tentang syurga, “Bagaimanakah syurga?” Beliau menjawab, “Sesiapa yang masuk syurga akan terus hidup tak akan mati, terus akan mendapat kenikmatan tidak akan susah, tak akan lapuk bajunya, dan tak akan hilang masa mudanya.” Ditanyakan, “Wahai Rasulullah, bagaimana bangunannya?” Beliau menjawab, “Ada yang batanya dari perak dan ada yang dari emas, (adukan) simennya adalah kasturi, kerikilnya adalah mutiara dan permata, dan tanahnya adalah za’faran.”

(HR. Ibnu Abi Syaibah di dalam Musannaf: 33955 Sahih)

3. Adakah kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cinta di syurga nanti?

Jawapan: Soalan ini akan terjawab dengan hadis berikut:

Diriwayatkan daripada Anas Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata: ada seseorang bertanya kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tentang hari kiamat. Ia berkata, “Bilakah kiamat itu?” beliau menjawab,

وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا
“Apa yang sudah engkau siapakan untuknya?”

ia menjawab,

لاَ شَيْءَ، إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Tidak ada, kecuali aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Kemudian Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
“Engkau bersama dengan siapa yang engkau cintai.”

Anas bin Malik berkata: "Kami tidak pernah merasa gembira seperti kegembiraan kami dengan ucapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
“Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai (di akhirat kelak).”

قَالَ أَنَسٌ: «فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ»

Kemudian Anas melanjutkan: “Sungguh saya mencintai Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam, Abu Bakar dan Umar dan berharap agar saya mampu bersama mereka (di akhirat kelak) disebabkan cintaku terhadap mereka, walaupun saya tidak beramal seperti amalan mareka.”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih: 3688)

4. Bagaimana keadaan api neraka yang di sediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang derhaka dan tidak mahu melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Mungkin sebagai amaran untuk manusia rasa takut akan seksaan dapat mencegah dari dosa dan kemungkaran.

Jawapan: Pelbagai penderitaan dialami di dalam neraka. Saya sertakan sebuah ayat sebagai peringatan bagi kita. Ia adalah seksaan yang paling ringan di akhirat:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Nisa: 56)

5. Meskipun Allah tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?

Jawapan ini boleh didapati daripada ayat 42-47 surah al-Mudatsir:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (45) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (46) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (47)

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, "Sehinggalah kami didatangi oleh kematian".

(Al-Mudatsir: 42-47)

Ayat ini menerangkan bahawa orang yang menghuni neraka adalah bersebab keingkaran mereka terhadap perintah Allah. Allah telah memberi mereka akal untuk memilih tetapi mereka memilih untuk mengambil jalan yang salah.

6. Adakah umat Islam yang di seksa di neraka yang mempunyai sedikit iman dalam hatinya akan masuk ke syurga setelah tamat hukumannya?

Imam al-Bukhari meriwayatkan:

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِى نَهَرِ الْحَيَا - أَوِ الْحَيَاةِ ، شَكَّ مَالِكٌ - فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِى جَانِبِ السَّيْلِ ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً .

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah penduduk surga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh karena itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat –terdapat keraguan dari Imam Malik. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat."

(HR al-Bukhari di dalam Sahih: 22)