Header Ads

test

Akhlak Muslim di Musim Pilihanraya

Pilihanraya sudah dekat. Maka berhati-hatilah kita di dalam kata-kata, penulisan dan perbuatan kita. Pastikan pilihanraya adalah isu memilih pemerintah yang soleh dan berkemampuan memimpin. 

Ia bukan medan untuk:

+ Mengata orang
+ Membuka aib peribadi
+ Menghina tubuh badan pihak lawan
+ Mengutuk, mencela dan menyindir. 
+ Menyamakan mana-mana parti dengan binatang.
+ Mengkafirkan/menyatakan sesat parti lain.

Ingatlah. Orang Islam mestilah menunjukkan keperibadian Muslim yang sebenar-benarnya. Apa pun parti lawan, mereka tetap saudara sesama Muslim yang mempunyai hak yang wajib dilunaskan. 

Jika mereka tidak Muslim, mereka mempunyai hak selaku rakyat Malaysia ini - mereka dan kita berkongsi negara, cinta dan tanggungjawab yang sama, 

Kita bimbang, apabila nanti pulang kepada Allah di dalam keadaan yang hina. Dunia ini tidak lama. Oleh itu, jangan bercinta dengannya. Jangan ikut cara Syaitan.

Firman Allah:

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأْمُرُ بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۚ 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. (An-Nur: 21)

WallahuAlam

_________
Ustaz Syihabudin Ahmad - USA
Sungai Buloh, Selangor

No comments

Powered by Blogger.