SOALAN: 
1. Sebagai permulaan ustaz, Kita buka Assalam  dengan takbir memuji kebesaran Allah. Istimewanya takbir AidilAdha selama 5 hari hari, bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijjah sehingga selesai solat Asar 13 Zulhijjah. Boleh ustaz kongsikan kelebihan bertakbir ini? Dan mengapa 5 hari. 

Jawapan: Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan yang Allah Taala mulia. Dalam bulan berkenaan, ada 13 hari yang dianggap lebih mulia berbanding hari-selebihnya. manakala dalam 13 hari itu, ada 5 hari yang lebih mulia daripada selebihnya. Demikian juga, dalam 5 hari berkenaan terdapat 4 hari yang lebih mulia berbanding hari selebihnya. 

Turutan keutamaan berkenaan adalah seperti berikut:

(1) Dalam setahun, bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab telah dimuliakan Allah dalam ayat 36, Surah al Taubah.

إِنَّعِدَّةَالشُّهُورِعِندَاللَّهِاثْنَاعَشَرَشَهْرًافِيكِتَابِاللَّهِيَوْمَخَلَقَالسَّمَاوَاتِوَالْأَرْضَمِنْهَاأَرْبَعَةٌحُرُمٌۚذَٰلِكَالدِّينُالْقَيِّمُۚفَلَاتَظْلِمُوافِيهِنَّأَنفُسَكُمْۚوَقَاتِلُواالْمُشْرِكِينَكَافَّةًكَمَايُقَاتِلُونَكُمْكَافَّةًۚوَاعْلَمُواأَنَّاللَّهَمَعَالْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

(2) Sekalipun bulan Zulhijjah termasuk salah satu daripada bulan-bulan Haram, ia mempunyai pelbagai ibadah khusus yang tidak berulang pada bulan-bulan yang lain sehingga menjadikannya lebih diutamakan berbanding bulan-bulan haram yang lain. 

Sehingga di bulan ini dapat dikumpulkan ibadah yang begitu banyak, antaranya:

-1- Solat sunat hari raya pada hari ke 10
-2- Puasa sunat dari hari 1 hingga 9
-3- Sedekah yang dilakukan sepanjang waktu
-4- Ibadah Korban yang dilaksanakan pada hari ke 10 sehingga 13
-5- Ibadah Haji pada hari ke 8 hingga 13. 

Demikian juga, setiap amal kebaikan pada waktu ini diberi ganjaran berganda. 

(3) Daripada hari pertama sehingga ke 13 merupakan hari yang terbaik di dalam bulan Zulhijjah.

(4) 10 Hari awal bulan Zulhijjah mendapat fadhilat khusus yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW. 

مامنأيامٍأعظمُعندَاللهِولاأحبَّإليهالعملُفيهنَّمنهذهِالأيامِالعشرِفأكثروافِيهنَّمنالتهليلِوالتكبيرِوالتحميدِ

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi ALLAH dan lebih dikasihi olehNYA dilakukan amalan pada hari tersebut lebih dari hari-hari yang sepuluh ini (10 hari awal bulan Dzulhijjah).  Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

(HR Ahmad.  Sanadnya sahih)

Disunatkan untuk melakukan pelbagai kebaikan pada 10 hari berkenaan termasuk berpuasa. Pun begitu, pada 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban, maka dilarang berpuasa pada hari berkenaan. 

(5) Kemuncak Ibadat di dalam 10 hari awal itu ialah pada hari kesembilan. Ia dinamakan hari Arafah. 

Dalam petikan hadith yang panjang Abu Qatadah al-Ansari radhiAllahu `anhu ada berkata:

سُئِلَعَنْصَوْمِيَوْمِعَرَفَةَفَقَالَ‏”‏ يُكَفِّرُالسَّنَةَالْمَاضِيَةَوَالْبَاقِيَةَ” ‏

Telah ditanya mengenai puasa hari `Arafah, lalu Baginda menjawab:
“Ia dapat menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR Muslim)

Bermula pada Hari Arafah, orang yang tidak mengerjakana Haji mula bertakbir daripada selepas subuh hari kesembilan sehingga selepas Asar hari ke 13. 

(6) Hari Raya Korban dilaksanakan pada 10 Zulhijjah. Ia adalah hari untuk menzahirkan kegembiraan dan kebersamaan kita dengan orang yang mengerjakan haji di Mekah. 

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)

Bahkan, puasa dilarang kerana hari ini adalah hari untuk meraikan umat Islam sehingga makan minum juga tidak boleh dihalang. 

Ibadah Korban dengan maksud ibadah memberi jamuan kepada orang ramai telah bermula sehingga pada hari ke 13. 

Nabi SAW menyebutkan kelebihan bekorban,

Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”

(Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412)

(7) Hari 11, 12, dan 13 dinamakan hari tasyriq. Ia adalah hari umat Islam yang mngerjakan haji sedang melengkapkan amalan haji. Demikian kita yang tidak mengerjakan haji tetap tidak dibenarkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. 

terdapat dalam hadis Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُعَرَفَةَوَيَوْمُالنَّحْرِوَأَيَّامُالتَّشْرِيقِعِيدُنَاأَهْلَالْإِسْلَامِوَهُنَّأَيَّامُأَكْلٍوَشُرْبٍ

Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

Soalan 2. “WAHAI Allah kami datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu untuk Mu segala puji dan kuasa untuk Mu.’’ inilah maksud kalimah talbiah yang sering kita dengar musim Zulhijjah ini bait2 dari lagu nasyid, kalimah jemaah haji, dan simulasi haji cilik. Sekiranya dihayati dengan hati yang dalam, pasti besar makna ini. Komen ustaz?

Jawapan: Ucapan talbiah sangat bermakna buat Nabi dan Umat Islam. Ia menjelaskan dakwah Nabi Muhammad. Dengan mengucapkan talbiah, kita akan mengenang detik-detik 23 tahun Nabi memperjuangkan maksud lafaz talbiah ini. 

Baginda dan para sahabat diperangi, bahkan sebahagian daripada sahabat dibunuh dengan kejam hanya kerana mengangkat lafaz talbiah ini.

Kini, lafaz dan makna talbiah dilaungkan sekuat-kuatnya oleh semua lelaki yang berada di Mekah menandakan erti syukur dan peringatan erti perjuangan. 

Sepertimana kita melafazkan "Merdeka" pada 31 Ogos. Jiwa kita turut mengikuti rasa bebas dan ketenangan. Demikian jugalah talbiah, tetapi dengan makna yang lebih besar lagi. 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan,

Talbiah merupakan satu ucapan yang menandakan kehadiran para Jemaah Haji yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji. Ucapan ini dilaungkan setelah berihram ketika berada di tanah suci. Maksud yang dikehendaki dari laungan talbiah ini ialah menyahut seruan Allah SWT, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan kata-kata langsung atau berdialog dengan Allah SWT.

Lafaz talbiah adalah seperti berikut:

لَبَّيْكَاللّٰهُمَّلَبَّيْكَلَبَّيْكَلَاشَرِيْكَلَكَلَبَّيْكَاِنَّالْحَمْدَوَالنِّعْمَةَلَكَوَاْلملْكَلَاشَرِيْكَلَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Hal ini bersandarkan hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَبَّيْكَاللَّهُمَّلَبَّيْكَلَبَّيْكَلاَشَرِيكَلَكَلَبَّيْكَإِنَّالْحَمْدَوَالنِّعْمَةَلَكَوَالْمُلْكَلاَشَرِيكَلَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Riwayat Muslim (1184)

3. Ustaz, semalam merupakan hari Arafah, yang mana setiap individu baik di Mekah & di sini menantikan hari kemuncak ini untuk memohon keampunan dan apa jua yang dikehendaki. Hebatnya hari arafah ini, boleh ustaz jelaskan? 

Jawpan: Rasulullah SAW bersabda,

مَامِنْيَوْمٍأَكْثَرَمِنْأَنْيُعْتِقَاللَّهُفِيهِعَبْدًامِنَالنَّارِمِنْيَوْمِعَرَفَةَوَإِنَّهُلَيَدْنُوثُمَّيُبَاهِىبِهِمُالْمَلاَئِكَةَفَيَقُولُمَاأَرَادَهَؤُلاَءِ

Maksudnya : '' Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?'''

Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)

Dalam kitab al-Musnad daripada Abdullah bin 'Amru, Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّاللَّهَعَزَّوَجَلَّيُبَاهِيمَلَائِكَتَهُعَشِيَّةَعَرَفَةَبِأَهْلِعَرَفَةَفَيَقُولُانْظُرُواإِلَىعِبَادِيأَتَوْنِيشُعْثًاغُبْرًا

Maksudnya: '' Sesungguhnya Allah berbangga dihadapan malaikat bagi mereka yang bermalam di Arafah. Allah berkata, ' Lihatlah kamu semua kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang berhimpun kepada-Ku dengan keadaan yang berdebu dan kusut .'''

Riwayat Imam Ahmad (7089), al-Tabarani (1504) di dalam Mu’jam al-Kabir
Telah diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّاللَّهَيُبَاهِيبِأَهْلِعَرَفَاتٍمَلاَئِكَةَأَهْلِالسَّمَاءِ،فَيَقُولُانْظُرُواإِلَىعِبَادِيهَؤُلاَءِجَاءُونِيشُعْثًاغُبْرًا.

Maksudnya: ''Sesungguhnya Allah membanggakan ahli-ahli Arafah, dengan berkata, 'Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka telah berhimpun dan berkumpul di hadapan-Ku dalam keadaan berdebu dan kusut.''

Riwayat Ibnu Hibban (3852) di dalam Sohihnya


Soalan 4. Kalau kita lihat Raya Aidilfitri semua semangat meraikannya, tapi AidilAdha hanya pada insan yang berkaitan sahaja dan agak suram. Boleh ustaz komen?

Jawapan: Jika dilihat daripada suasana setempat, pasti ada perbezaan. Suasana di Kuala Lumpur pasti tidak sama dengan suasana di luar bandar. Bahkan ketika saya berada di AEON Mall Shah Alam, hampir-hampir tidak terlihat wajah Hari Raya kerana "Tiada SALE RAYA" atau iklan-iklan banyak yang memaparkannya. 

Daripada sudut luaran, begitulah. 

Tetapi umat Islam di Malaysia mash menghayati AidilAdha dengan baik apabila kita melihat setiap tahun, peserta korban bertambah. Bahkan di kawasan Saujana Utama sahaja, disembelih lebih 80 ekor lembu! 

Demikian juga, apabila Hari Raya Korban, solat Hari Raya dijalankan lebih cepat bagi memberi peluang kita bersegera menjalankan korban. Bahkan, sunat tidak makan sehinggalah kita dapat makan hidangan hasil korban.

Soalan 5. Aidiladha ini popular dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim & anaknya. Tapi  tidak lupa juga nilai korban dalam sejarah Habil & Qabil juga ada kaitan dengan AidilAdha. Ini kisah korban pertama,  anak Nabi Adam, Qabil & Habil yang diperintahkan mempersembahkan korban kepada Allah.  Boleh ustaz kongsikan kisahnya & apa pengajaran yang boleh kita hayati? 

Jawapan: Ringkasan Peristiwa:

Apabila Ismail telah sampai umur awal remaja (awal dewasa), Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk menyembelih anaknya melalui mimpi. Kita mengetahui bahawa mimpi para Nabi adalah wahyu, manakala  mimpi orang lain bukan wahyu.  Justeru itu, wahyu hendaklah dilaksanakan.

Lihatlah betapa ujian demi ujian Allah berikan kepada Nabi Ibrahim. Setelah baginda diperintahkan untuk meninggalkan anaknya di negeri yang kering kontang, tiada manusia mahupun tanaman. Dia melaksanakan perintah Allah tanpa ragu-ragu dan meninggalkan emosi dan kepentingan dirinya di belakang. Dia percaya kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya. Ini contoh orang yang beriman. Firman Allah:
  
2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfaal: 2)

Kini Nabi Ibrahim diuji lagi dengan perintah menyembelih anaknya yang dia kasihi. Satu-satu anaknya. Bahkan ditunggu-tunggu kelahiran itu sekian lama. Anak yang diharapkan dapat membela agamanya. Namun Ibrahim mendahulukan Allah berbanding sagala-galanya. Dia segera menemui Ismail di Mekah lalu memaklumkan:
  
102. ..."Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu". ...

(Al-Soffat: 102)

Persoalan yang disampaikan oleh Ibrahim itu bukan bertujuan untuk bertanya pendapat Ismail tentang wahyu itu. Tetapi Ibrahim mahu melihat apakah reaksi Ismail, adakah Ismail akan bersabar sepertinya? Atau dia akan membangkang seperti datuknya?

Syed Qutb berkata: “Ibrahim tidak bertanya Ismail untuk dipilih sama ada mahu dilaksanakan perintah itu atau tidak. Tetapi dia mahu menyatakan perintah. Anaknya hendaklah tahu dan melaksanakan perintah dengan penuh taat dan terima, bukan benci dan terpaksa. Supaya dia mendapat pahala ketaatan yang lain serta merasai kemanisan terima/berserah diri.”[8]

Ismail menjawab:
  
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku daripada kalangan orang-orang yang sabar".

(Al-Soffat: 102)

 Jawapan yang diberikan Ismail ialah jawapan yang menunjukkan ketaatan kepada Allah dan juga kepada bapanya. Iman seperti inilah yang mahu Allah tunjukkan kepada Ibrahim. Ismail menjawab tanpa takut dan ragu-ragu. Jika dahulu ketika mendakwah keluarganya, bapa Ibrahim si Azar berkata:
  
46. (Bapanya) berkata: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, Wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan merejammu dengan batu; dan berambus engkau daripada pandanganku!".

(Maryam: 46)

Lihat bagaimana layanan si kafir musyrik Azar kepada Nabi Ibrahim. Sedangkan Ibrahim ialah anak kandungnya. Ibrahim telah berpesan kepada ibubapanya dengan penuh adab dan kasih sayang. Dia berkata:

42. ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
43. " Wahai ayahku, Sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu Ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
44. " Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
45. " Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab daripada (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka".

(Maryam: 42-45)

Kemudian Allah menggantikan kekecewaan Ibrahim dengan kesetiaan Ismail. Ismail berbeza dengan Azar. Ismail akan menuruti apa sahaja yang dinyatakan oleh Ibrahim kerana dia tahu bahawa Ibrahim ialah Nabi dan juga bapanya. Ismail perlu mentaatinya.  

Apabila Ismail disembelih, Al-Sadi berkata bahawa pisau yang menyembelih itu tidak memberi apa-apa kesan. Kemudian Allah berfirman: Wahai Ibrahim sesungguhnya engkau telah melaksanakan perintah yang engkau dapat daripada mimpi itu. Kemudian Ibrahim digantikan dengan Kibasy yang besar.

Kemudian, Allah  mengakhirkan cerita besar ini dengan menyatakan:

108. dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
110. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Al-Soffat: 108-110)

Setelah kesabaran yang ditunjukkan oleh Ibrahim terhadap semua ujian yang diberikan oleh Allah, Allah memberi pengiktirafan yang akan dikenang oleh seluruh umat manusia. Sehingga hari ini kita masih mengucapkan salam kepada Nabi Ibrahim di dalam setiap solat kita sekalipun beliau bukanlah nabi yang memimpin umat ini.

Allah menyatakan bahawa apabila Allah memberikan ujian, maka Allah akan membalas dengan sebaik-baik balasan. Kita telah melihat bagaimana keadaan adab yang tinggi ditunjukkan oleh Ibrahim terhadap bapanya yang kafir, seorang bapa yang akan menentang semua ajaran yang dibawa Ibrahim. Akhirnya, Allah mengurniakan Ibrahim dengan anak yang sentiasa mentaatinya. Maha suci Allah!

PENGAJARAN:

(1) Kemuliaan akan dibalas dengan kemuliaan juga. Tetapi bentuknya ditentukan Allah.
(2) Seorang anak bertanggungjawab untuk mentaati ibubapanya selagimana mereka memerintahkan kebaikan.
(3) Hubungan kekeluargaan tidak terputus dengan kekafiran seseorang.
(4) Seorang hamba hendaklah melaksanakan perintah tuhannya tanpa gentar dan ragu-ragu.
(5) Pengorbanan yang sebenar ialah mengorbankan jiwa raga hanya untuk membela agama Allah.

Soalan 6. Boleh ustaz kongsikan mengapa ibadah korban ini adalah amalan  yang dicintai Allah? 

Jawapan: Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَاعَمِلَآدَمِيٌّمِنْعَمَلٍيَوْمَالنَّحْرِأَحَبَّإِلَىاللَّهِمِنْإِهْرَاقِالدَّمِ،إِنَّهُلَيَأْتِييَوْمَالقِيَامَةِبِقُرُونِهَاوَأَشْعَارِهَاوَأَظْلَافِهَا،وَأَنَّالدَّمَلَيَقَعُمِنَاللَّهِبِمَكَانٍقَبْلَأَنْيَقَعَمِنَالأَرْضِ،فَطِيبُوابِهَانَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61] Selain itu juga, status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya. Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:

فَصَلِّلِرَبِّكَوَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Al-Kauthar : 2

Soalan 7. Ustaz, sebelum ini kita dah lalui antara amalan yang baik di bulan Zulhijjah, seperti puasa sunat dari awal Zulhijjah , puasa sunat Arafah dan hari tashrik. Boleh ustaz terangkan mengenai hari Tashrik ini?

Hari-hari Tasyrikdalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha(jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjahmengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadahHajiakan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul UlaJamratul Wustadan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s.dan Nabi Ismail a.s.yang melontarkan anak batukepada syaitanapabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh AllahSWT.

Disebabkan ibadah korban, maka pada hari tasyrik dilarang untuk berpuasa. Terdapat dalam hadis Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُعَرَفَةَوَيَوْمُالنَّحْرِوَأَيَّامُالتَّشْرِيقِعِيدُنَاأَهْلَالْإِسْلَامِوَهُنَّأَيَّامُأَكْلٍوَشُرْبٍ

Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

8. Ustaz, bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil Alamin, rahmat kepada sekalian alam termasuk jika kita bersikap rahmat kepada haiwan, Allah juga akan bersikap rahmat kepada kita. Boleh ustaz komen signifikan nya konsep RLA ini dengan ibadah korban?

Jawapan: Ibadah korban tidak boleh dilihat sebagai pesta bunuh binatang tetapi ia perlu dilihat pelbagai skop yang lebih jelas. Beberapa konsep Islam Memberi Rahmat ke Seluruh Alam terdapat dalam ibadah korban. 

-1- Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

-2- Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

-3- Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

9. Ustaz boleh ke kita kongsi daging korban ini dengan masyarakat non muslim juga? setelah kita bahagikan pada semua yang wajib dibahagikan.

Jawapan: Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al Bakri telah menjawab persoalan ini dengan baik sekali. Semoga kita dapat manfaat daripadanya. 

Beliau berkata: Allah SWT berfirman:
فَكُلُواْمِنۡهَاوَأَطۡعِمُواْٱلۡقَانِعَوَٱلۡمُعۡتَرَّۚكَذَٰلِكَسَخَّرۡنَٰهَالَكُمۡلَعَلَّكُمۡتَشۡكُرُونَ 
Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. 
(Surah Al-Hajj: 36)

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahulah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim (5/428) menyebutkan bahawa mengenai ayat di atas, sebahagian salaf  mengatakan diharuskan untuk memakan sebahagian daripada hasil korban tersebut. Al-Imam Malik Rahimahullah mengatakan sunat untuk di makan hasil korban tersebut dan ada juga pendapat yang mewajibkannya sepertimana pendapat sebahagian al-Syafi’eyyah.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’ bahawa al-Imam Ibn Munzir Rahimahullah telah mengatakan bahawa telah ijma’ iaitu dibolehkan untuk memberikan makan kepada fakir miskin dari kalangan umat Islam dari hasil korban manakala yang menjadi khilafnya adalah memberikan hasil korban kepada fakir miskin dari kalangan ahli al-zimmah.

Oleh itu, kami nyatakan di sini pendapat-pendapat yang berkaitan dengan permasalahan ini yang mana ada disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/425) dan begitu juga Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (9/450):
  • Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban. Ini juga adalah pendapat al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur Rahimahullah.
  • Mazhab Maliki berpendapat hukumnya makruh seperti memberi makan kepada Yahudi atau Nasrani. 
  • Mazhab Hanbali berpendapat hukumnya harus dihadiahkan kepada orang kafir daripada daging korban yang sunat. Adapun yang wajib tidak diharuskan.
  • Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kami berpendapat bahawa di dalam isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Kami katakan di sini:

  1. Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.

  1. Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan. Wallahu a’lam.

Ini kerana terdapat dalil dari Al-Quran agar berbuat baik kepada orang bukan Islam yang mana Allah SWT telah berfirman:

لَّايَنۡهَىٰكُمُٱللَّهُعَنِٱلَّذِينَلَمۡيُقَٰتِلُوكُمۡفِيٱلدِّينِوَلَمۡيُخۡرِجُوكُممِّندِيَٰرِكُمۡأَنتَبَرُّوهُمۡوَتُقۡسِطُوٓاْإِلَيۡهِمۡۚإِنَّٱللَّهَيُحِبُّٱلۡمُقۡسِطِينَ 

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 

(Surah Al-Mumtahanah: 8)

Memberikan daging korban kepada orang bukan Islam juga adalah termasuk di dalam berbuat baik yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran meskipun mereka bukan dari kalangan orang Islam. Ianya adalah sebuah hadith daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma yang mana telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: Adakah kamu telah menghadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? (beliau menanyakannya sebanyak dua kali) kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

مَازَالَجِبْرِيلُيُوصِينِيبِالْجَارِحَتَّىظَنَنْتُأَنَّهُسَيُوَرِّثُه

Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT agar menjadikan mereka sebagai pewaris.”

Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)

Semoga dengan pencerahan ini dapat menambahkan kefahaman kita dalam beragama serta membantu diri kita membuat dengan mengetahuihukum-hakam yang berkaitan bersempena bulan haji yang bakal tiba kerana didalamnya juga terdapat syariat sembelihan. Wallahu a’lam


10. Ustaz ada yang menonton kita pagi ini, ingin bersiap2 pergi solat raya & juga bersedia untuk melakukan ibadah korban selepas solat. Boleh ustaz terangkan antara amalan & persediaan yang perlu dilakukan? 

Jawapan: Antara erkara yang kita boleh lakukan ialah;

1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada ALLAH SWT.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan minum selepas pulang dari masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijah hingga waktu Asar 13 Zulhijah, (takbir muqayyad).
8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

11. Bagi yang tidak melakukan dua2 ibadah (haji & korban) apakah sumbangan yang mereka boleh lakukan, untuk meraikan AidilAdha ini dengan penuh bermakna?

Jawapan: Selain memperbanyakkan zikir, solat dan ibadah-ibadah lain, umat Islam yang tidak dapat mengerjakan haji dan korban boleh membantu memudahkan ursan korban. Hadirilah tempat menyembelih dan bantulah apa yang patut. 

12. Ustaz, mungkin ada yang menonton sekarang ini adalah golongan yang tidak berkemampuan atau miskin, mereka tidak mampu melakukan ibadah ini. Adakah mereka tidak akan dapat mencapai tahap ketakwaan & ganjaran yang Allah berikan kerana mereka tak jalankan ibadah ini?

Jawapan: Setiap umat Islam melaksanakan kebaikan atas kemampuannya. Allah berfirman;

فَاتَّقُوااللَّهَمَااسْتَطَعْتُمْ

Bertakwalah pada Allah semampu kalian” (QS. At Taghobun: 16).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فَإِذَاأَمَرْتُكُمْبِشَىْءٍفَأْتُوامِنْهُمَااسْتَطَعْتُمْ

Jika kalian diperintahkan pada sesuatu, maka lakukanlah semampu kalian” 

(HR. Bukhari no. 7288 dan Muslim no. 1337, dari Abu Hurairah).

Ada orang yang berkemampuan harta tetapi masa ibadah solatnya hanya tertumou kepada wajib, maka dia lebihkan amalan dengan harta. Ada orang ada kelebihan masa, lalu dia gunakan untuk membantu orang. Setiap kita ada kekurangan dan kelebihan, manakala Tuhan itu MAHA ADIL. 

13. Di sesetengah negara luar, sambutan raya AidilAdha amat meriah, kerana kesusahan hidup dan kebuluran membuatkan mereka teruja datangnya perayaan ini. Boleh dapat bantuan sumbangan daging korban. Boleh ustaz kongsikan trend sekarang ini melakukan ibadah korban di luar negara? 

Jawapan: Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan dalam kitab Fiqh al-Islami, "... adapun pada hal membawa dan memberikan daging korban kepada orang di tempat lain, para ulama berbeza pendapat berkaitannya.

Mazhab Hanafi: Makruh sepertimana zakat melainkan jika diberikan kepada ahli keluarga, atau kepada kumpulan yang lebih memerlukan di tempat ;ain. Sekiranya bukan dari golongan tersebut, maka ia sah tetapi makruh.

Mazhab Maliki: Tidak boleh memberikan daging korban kepada orang yang berada dalam jarak yang boleh dilakukan solat qasar atau lebih jauh dari itu. Sekiranya orang yang berada jauh itu lebih memerlukan, maka harus memberikannya dalam keadaan hendaklah ditinggalkan sedikit kepada orang tempatan.

Mazhab Hanbali dan Syafii: Harus memberikan daging korban kepada orang yang berada dalam jarak yang kurang dari jarak melakukan solat qasar (lebih kurang 84Km) Dan menjadi haram kepada orang yang berada jauh dari jarak berkenaan.

▶ Pendapat terpilih: Majoriti ulama semasa memilih pendapat yang membolehkan untuk memberikan daging korban kepada orang yang lebih memerlukan serta ahli keluarga yang berada di luar kawasan. Inilah yang menjadi amalan negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Perlu kita ingat bahawa antara tujuan besar pada ibadah korban ini adalah mendahulukan keperluan serta membantu meringankan bebanan orang miskin dan memerlukan.

14. Dari sisi yang lain, ibadah korban itu juga mendidik kita bersedekah dan berkongsi rezeki yang juga merupakan satu pengorbanan. Ini nilai yang boleh kita ajar pada anak kita. Komen ustaz?

Jawapan: Mendidik anak-anak kearah kebaikan dan ketaatan merupakan arahan ayat 6 surah Ali Imran. 

Banyak manfaat jika kita membawa anak-anak kita pergi ke tempat menyembelih tetapi pasti lebih banyak manfaat yang bakal dipelajari oleh anak-anak jika dia dibawa kepada bahagian pengagihan. Ia akan menjadikan hikmah korban lebih jelas.