Saya ni tak minat sangat dengan saudara Ebit Lew. Bahkan, tak ada sebab pun saya nak minat kat dia. Dia bukan artis pun. Dia juga bukan guru agama yang diambil pendapatnya dalam pelbagai isu. Bahkan, saya tak tahu background pengajian Islam dia sehingga orang panggil dia ustaz.

Tapi,..

Saya dan netizen semua sudah tahu bagaimana kesungguhannya membantu orang susah. Sepakat kita kata, dia ini orang yang sangat baik. Mungkin 1 dalam sejuta!

Luarannya nampak begitu ikhlas dan bersimpati. Maka, kita perlu iktiraf hal ini. Iktiraf kesungguhannya membantu dalam keadaan kita tidak mampu melakukan sepertinya.

Jumpa mak nyah, budak gelandangan, pak cik kehilangan tempat tinggal, dan sebagainya! Dia memberikan sumbangan dengan jelas di mata kita - tetapi tak ada sikit pun kita merasa dia sedang sombong.

Bahkan, kita sangat terasa.
Terasa rendahnya diri ini dalam membuktikan erti syukur dan kasih sayang sesama muslim.

Dia buat kerja yang kita hanya boleh sembang dan diskusi.

Mungkin waktu kita sedang tidur kesenangan, dia sedang tidur keletihan. Letih membantu orang.

Kita pula? Letih membawang orang!

Tak payahlah dok cerita dia makan duit orang, beli kereta mahal, kamera mahal melainkan awak ada bukti.

Awak ingat, dia ni dapat duit daripada sumbangan orang lalu bermewahan dengannya kah? Saya pasti tidak! Orang yang makan duit orang lain, sikapnya bukan seperti itu!

Kena ingat juga, membawa sangkaan buruk itu juga adalah, Haram!

Saya tak tahu banyak tentang Ustaz Ebit Lew. Tetapi saya tahu, program coaching Keluarga Sunnah dia ada banyak pakej. Yang mahal sungguh pun ada, yang mampu milik pun ada. Saya percaya, itu sumber pendapatan dia. Itu pendapatan yang HALAL.

#covid19 #ebitlew

----
Saya rasa 2 buku bagus tulisan Ustaz Abd Razak Mohamed Al-itqaan dapat mendidik hati kita daripada merasa lebih baik dari orang lain.

(1) Alhikmah: https://shopee.com.my/Kalam-Al-Hikmah-dari-Allah-i.81401895.2763657136

(2) Rahmah: https://shopee.com.my/Ar-Rahmah-kerana-Allah-masih-sayang-i.81401895.6602586161

Semoga Allah mendidik hati kita.

----
Syihabudin Ahmad,
Sungai Buloh.