Header Ads

test

Boikot Kedai Cina? Saya Tak Setuju!

Saya cukup tak minat bab boikot barang cina, hindu dan bangsa-bangsa lain. Ia bersifat perkauman.

Nak kata pasaraya cina YANG TELAH MENDAPAT SIJIL HALAL itu tak sembelih ayam, pun saya tak kisah. Saya akan terus membeli disitu jika saya rasa harganya sesuai dan selagi Sijil Halalnya tidak ditarik.

Peniaga melayu yang sembelih ayam sambil hisap rokok pun ada masalah. TAK MOHON LANGSUNG SIJIL HALAL. Sambil hisap rokok, bila awak baca bismillah? Tiada pantauan langsung. 

Kedai Melayu atau Cina atau India atau bangsa lain yang mempunyai Sijil Halal, saya akan beli ayam dan daging kedai mereka jika harganya sesuai. Kalau murah tapi added value kurang, mungkin saya tak beli. Tetapi jika mahal dengan kualiti yang sesuai, kena pula sesuai dengan poket saya, pasti saya beli untuk makan anak bini saya. 

Hakikatnya, kita tak perlu boikot bangsa. Tolak tepi bab bangsa. Kita ini rakyat Malaysia. Jika cina kaya, melayu kaya, kadazan kaya, negara kita akan kaya!

Orang Melayu yang buat bisnes pasti 'terbakar' untuk jadi lebih baik apabila melihat ramai orang Cina sudah kaya raya. Cina tu bukan senang-senang dia nak senang tau, kisah susah-susah dia lebih susah untuk digambarkan.

Sebab tu kita kena baca buku Al-Hikmah tulisan Syaikh Nasir Al Umair yang diterjemahkan oleh Ustaz Abd Razak Mohamed Al-itqaan. Download saja kat sini: https://digitalbuku.com/products/al-hikmah

Orang bisnes kena majukan bisnes. Jangan main perkauman. Islam tidak terbina atas perkauman. Kaum adalah anugerah Allah, tidak ada orang boleh pilih kaum dan bangsanya.

Hari tu di Perlis, ada perkampungan Muallaf. Lebih 500 orang yang hadir - orang Islam yang bukan dari kalangan Melayu. Mereka itu juga sebahagiannya buat bisnes. Sebahagiannya kaya raya. Adakah kita nak boikot saudara kita?

Jangan main isu perkauman. Ini bukan ajaran Islam.

Syihabudin Ahmad, 

No comments

Powered by Blogger.