Header Ads

test

Daftar Korban Tapi Buat Akikah!

Tersalah Daftar! Daftar Korban Tapi Buat Akikah! Apa Hukumnya?

Ada seorang peserta korban luar negara bertanya, beliau telah mendaftar untuk melaksanakan korban. Bahkan, kambing telah disembelih dan diagihkan daging. Tetapi tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa binatang disembelih itu atas tujuan Akikah.

Beliau keliru kerana bimbang tentang status pahala korbannya!

Ini ulasan saya;

(1) Umat Islam menyembelih binatang atas beberapa sebab:

-1- Korban: Diniatkan sebagai ibadah kepada Allah dan dilakukan pada hari-hari tasyriq.

-2- Akikah: Diniatkan sebagai ibadah kepada Allah dan dilakukan atas sebab kelahiran seseorang.

-3 - Nazar: Diniatkan  sebagai ibadah kepada Allah dan dilakukan atas sebab sumpah.

-4- Sembelihan biasa untuk makan pada hari yang harus.

(2) Perbezaan jenis-jenis sembelihan dilihat pada dua bahagian:

-1- Niat pemberi sembelihan
-2- Cara agihan.

Adapun, tidak diwajibkan untuk penyembelih (jika dia bukan pemberi sembelihan) untuk selari niat dengan pemberi korban kerana tugasnya hanya menyembelih. Dia mungkin dibayar untuk sembelihan berkenaan.

Cara Agihan:

-1- Korban: Sunat dibahagikan daging korban kepada 3 bahagian (1 bahagian untuk diri sendiri, 1 bahagian untuk faqir miskin, 1 bahagian untuk sedekah umum)

Sunat mengedarkan daging yang masih mentah.

-2- Akikah: Sunat memasak daging akikah dan menjamu tetamu sama ada miskin atau kaya.

-3 - Nazar: Daging dibahagi-bahagikan tanpa pemberi itu dan keluarganya memakannya walau sedikit.

-4- Sembelihan biasa: Harus untuk dilakukan sesuai keperluan.

(3) Jawapan kepada persoalan:

Setelah kita memahami konsep-konsep di atas, maka jelaslah bahawa niat peserta korban itu terlaksana kerana niatnya tidak digantung kepada penyembelih.

Demikian juga, daging yang disembelih telah diagihkan sepertimana yang dikehendaki dalam korban tanpa beliau mengambil sedikitpun manfaatnya melainkan manfaat akhirat.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa."

- Al Maidah: 27-

"Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya."

- Al Hajj: 37-

WallahuAlam.

Syihabudin Ahmad.
Graduan Al-Azhar, Dumyat Mesir.

No comments

Powered by Blogger.