Header Ads

test

Debat Ala Parlimen, Bukan Buat Perangai Ahli Parlimen

Saya suka pelajar sertai pelbagai aktiviti sekolah, persatuan atau universiti. Bahkan, saya antara yang aktif dengan program-program seperti itu apabila terpilih.

Saya pernah masuk pertandingan bercerita, pentomen, choral speaking dan sebagainya.
Yang paling best ialah pertandingan debat.
Saya pernah sertai Debat Antara Muhafazah anjuran PMRAM, Mesir bersama-sama sahabat-sahabat perjuangan di Dumyat.

Sebenarnya, itulah kali pertama saya masuk pertandingan Debat Ala Parlimen.

Kami belajar tentang tatacara debat. Kami dapati, ia ada perkara yang tidak bagus. Iaitu,

Apabila menjadi kerajaan, mesti setuju dengan usul yang dipaksa. Apabila jadi pembangkang, mesti membangkang sekalipun ada kebaikan.

Disebabkan kami semua pelajar Universiti Al-Azhar, kami telah bersetuju dengan beberapa perkara:

(1) Kita hanya sokong apabila ia benar. Dan kita tidak akan membela kesalahan.

(2) Kita tidak akan membunyikan botol atau berbuat bising ketika pasukan lain berbahas.

(3) Celahan hanya ketika benar-benar perlu, bukan kerana nak biarkan pihak lawan habis masa.

dan beberapa perkara lagi.

Alhamdulillah, dalam banyaknya pusingan yang kami hadapi, kami menang kesemuanya kecuali di peringkat akhir. Kalah dengan Tanta.

Tetapi, semua kami puas hati. Alhamdulillah.

Saya sentiasa fikir bahawa aktiviti yang dilakukan sekolah atau universiti bertujuan untuk membina pelajar. Maka, tidak patut kita belajar untuk terpaksa bersetuju dan membangkang.

Kita sokong kebenaran, sekalipun bukan di pihak kita. Kita bangkang kesalahan walau di pihak kita.

Saya mahu ucapkan Syabas kepada SMAP KAJANG yang faham benar dengan konsep debat yang betul. Mereka tarik diri kerana tidak mahu mempertahankan yang salah dan membangkang perkara benar.

Tahniah!
#sayangimalaysiaku
----
Syihabudin Ahmad,
Bekas Perdana Menteri (dalam debatlah. :))




No comments

Powered by Blogger.