Header Ads

test

Had dalam Mentaati Ibubapa

Had dalam Mentaati Ibubapa

Mentaati perintah ibu dan bapa merupakan kewajipan setiap anak. Tanpa mengira ibu dan bapa itu baik atau jahat, soleh atau fasiq, kafir atau muslim. Bahkan, menderhaka terhadap ibubapa adalah dosa besar yang mesti dijauhi. 

Anda boleh merujuk buku Al-Kabair tulisan Imam Al-Zahabi yang menyenaraikan pelbagai ancaman Allah dan rasul-Nya terhadap perbuatan derhaka kepada ibubapa. Sila rujuk pada bab 6, halaman 74, terjemahan bahasa Melayu terbitan Santai Ilmu Publication. 

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰرَبُّكَأَلَّاتَعْبُدُواإِلَّاإِيَّاهُوَبِالْوَالِدَيْنِإِحْسَانًاۚإِمَّايَبْلُغَنَّعِندَكَالْكِبَرَأَحَدُهُمَاأَوْكِلَاهُمَافَلَاتَقُللَّهُمَاأُفٍّوَلَاتَنْهَرْهُمَاوَقُللَّهُمَاقَوْلًاكَرِيمًا

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

al-Isra’:23

Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]

Pun begitu, timbul satu persoalan. Adakah kewajipan mentaati ibubapa itu bersifat mutlak? Absolute? Berikut adalah perbincangannya. 

(1) Taat dalam perkara wajib, sunat atau harus

Apabila sesuatu perkara disuruh oleh ibubapa sekalipun tidak disukai oleh anaknya, sedangkan perkara itu harus, maka hendaklah anak itu mentaatinya. Seperti ibubapa yang menyuruh anaknya solat, bersedekah, membantunya mengangkat barang, dan sebagainya. 

Perbuatan mentaati ibubapa dalam hal ini adalah amalan mulia yang diajarkan dalam agama ini. 

Para ulama telah meletakkan 3 Panduan dalam Mentaati Arahan Ibubapa. Tidak boleh mentaati mereka dalam 3 perkara: 

Pertama: Apabila suruhannitu bersifat maksiat

Kedua: Apabila suruhan itu tidak memberi manfaat kepada anak.

Ketiga: Apabila suruhan itu membawa mudarat yang lain. 

(2) Tidak boleh Taat pada Perkara Maksiat Mutlak

Allah telah berikan peringatan kepada kita. Kata-Nya, 

وَإِنْجَاهَدَاكَعَلىأَنْتُشْرِكَبِيمَالَيْسَلَكَبِهِعِلْمٌفَلاتُطِعْهُمَاوَصَاحِبْهُمَافِيالدُّنْيَامَعْرُوفًا

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

(Luqman: 15)

Dalam ayat ini, Allah telah memberikan indikator yang jelas dalam isu ketaatan, iaitu: ia bukan bersifat maksiat. Hal ini sangat jelas, sehingga Nabi Muhammad juga menyebutkan,

لاطاعَةَلمخلوقٍفيمَعصيةِالخالقِ

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakan Pencipta.

(Hadis sahih direkodkan oleh Imam Al Suyuti di dalam Al Jami Al Soghir)

Apabila seorang ibu atau bapa menyuruh anaknya menghantar ke pusat judi, atau bank riba, atau rumah bomoh, atau memesan pembelian rokok, syisya dan vape - anaknya itu wajib tidak mentaati perintah ibu dan bapanya kerana perbuatan itu adalah kemaksiatan kepada Allah SWT. 

(3) Tidak Taat pada Perkara Menghampiri Haram

Nabi SAW bersabda: 

لاضَررَولاضِرارَ

Tidak boleh memberi dan mengambil mudharat.

(Hadis ini direkodkan oleh Imam al-Nawawi di dalam Hadis 40. Statusnya, Hasan)

Hari ini, berlaku masalah apabila ada ibubapa yang bergaduh dengan adik beradiknya. Setelah itu, dia mengarahkan anak-anaknya untuk tidak menziarahi ibu dan bapa saudara. Perintah itu tidak boleh ditaati kerana ia juga bersifat kemaksiatan yang tidak langsung. 

Allah melarang umat Islam memutuskan silaturrahim, maka perintah untuk memutuskan atau meneruskan memutuskan silaturrahim adalah perbuatan maksiat dan hendaklah dijauhi. 

Apabila ibu menyuruh anak lelakinya menceraikan isterinya, Ibn Taimiyyah memfatwakan agar anak lelaki itu tidak taat kepada suruhan ibu tersebut, bahkan perlu melakukan kebaikan terhadap ibunya. Malahan, dianggap menceraikan juga isterinya adalah bukan dari tindakan melakukan ketaatan kepada ibunya. Demikian kata Imam Ibnu Taimiyah  seperti yang dinukilkan dalam kitab Ghada' al-Albab dalam jilid 1, muka surat 332.

"Ketika tiada manfaat atau keperluan bagi ibu atau bapa pada anak itu meninggal suruhan mereka dari perkara sunat yang tidak ada tuntutan syariah disebalik suruhan itu, maka tidak perlu taat kepada kedua ibubapa itu tetapi bercakaplah dengan mereka dengan perkataan yang baik", Fatwa Imam Ibnu Taimiyah.

Di dalam Majmuk Fatawa, Ibn Taimiyyah pernah ditanya, jika seorang perempuan yang telah berkahwin dan bahagia dengan suaminya. Tiba-tiba, ibubapanya masuk campur dan mengarahkan anak peremouannya meminta cerai. Adakah wajib ditaati? 

Jawab Al-Imam, 

إذاتزوجتالمرأةلميجبعليهاأنتطيعأباهاولاأمهافيفراقزوجهاولافيزيارتهمبلطاعةزوجهاعليهاإذالميأمرهابمعصيةاللهأحقمنطاعةأبويهاوأيماامرأةماتتوزوجهاعليهاراضٍدخلتالجنة)

"Apabila seorang wanita telah berkahwin, maka tidak wajib baginya untuk mentaati bapa atau ibunya apabila mereka berdua itu menyuruhnya untuk bercerai, atau tidak menziarahi mereka berdua. Bahkan mentaati suaminya itu lebih utama berbeanding mentaati bapanya selagimana suaminya tidak menyuruh melakukan perkara maksiat. (Sekiranya wanita itu mati dalam keadaan suaminya redha, dia akan masuk syurga). 

Dalam kitab al-Fatawa al-Fiqiyyah al-Kubra, dinyatakan bahawa Imam Ibn Hajar Al-Haitami pernah menjelaskan berkenaan suruhan yang datang dari ibu atau bapa yang kurang kebijaksanaan. Beliau menjelaskan bahawa tidak mentaati tersebut bukan kesalahan dalam agama.

Beliau turut menjelaskan bahawa seseorang anak yang sudah capai umur matang, bahawa ibu atau bapanya tidak wajar menghalang anaknya tersebut dari melakukan apa yang dia mahu, selama dia mampu membuat perkara yang memberi kebaikan pada harta dan agamanya.

(4) Tidak Taat pada Perkara Tiada Manfaat

Sekiranya ibubapa menyuruh anaknya membeli kereta baru, lebih besar dan lebih cantik sedangkan dia tidak memerlukannya, maka tidak wajib untuk taat. Bahkan, apabila ia membawa mudarat pula, ia menjadi haram untuk ditaati.

WallahuAlam. 







No comments

Powered by Blogger.