Header Ads

test

Simpan Kisah Rumah Tangga, Jangan Korek Rahsia Orang

Krisis rumah tangga sendiri, usahlah heboh-heboh. Banyak pihak akan terlibat nanti. Bahkan hari ini, netizen yang tak ada kaitan juga akan merasa diri terlibat.

Demikian juga netizen, jangan mengorek-ngorek rahsia rumahtangga orang. Ia perbuatan dosa besar.

Bacalah buku Al-Kabair (Dosa-dosa Besar) tulisan Al-Imam Al-Zahabi rahimahullah. Halaman 190. Direkodkan hadis Nabi terhadap isu ini:

مَنِ اسْتَمع إلى حَديثِ قَوْمٍ، وهُمْ له كارِهُونَ، أوْ يَفِرُّونَ منه، صُبَّ في أُذُنِهِ الآنُكُ يَومَ القِيامَةِ،

Sesiapa yang mencuri dengar perbicaraan sesuatu golongan sedangkan mereka benci jika hal itu didengari oleh orang lain atau mereka menjauhkan diri daripadanya, maka akan dituangkan cairan timah panas dalam telinganya pada hari Kiamat.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih, Hadis Sahih)

Biarlah suami isteri berbincang sesama sendiri. Biarlah ahli keluarga berrbincang sesama sendiri. Kita ini pula, jangan mengeruhkan situasi.

Jika dahulu, ramai orang terpengaruh dengan filem-filem dan drama jam 7. Hari ini, orang terpengaruh dengan drama di Sosmed.

Kasihan si suami lain yang dimarahi isterinya dek kerana rumahtangga orang lain yang bergolak.

Berhentilah membaca page-page gosip yang berlambak itu. Fokuskan lebih masa untuk melihat dan menambah kebaikan.

-----
Syihabudin Ahmad.
Mengharapkan kedamaian.

Download Al-Kabair: https://kitabdigital.com/product/kabair/

#sayangikeluargaanda #cinta #dramasosmed


No comments

Powered by Blogger.