Header Ads

test

TAHUN 2020 | REVEAL THE BEST OF ME, MY COMPANY AND MY FAMILY

Bismillah.

Ya, tahun baru tidak tercipta pada zaman Rasulullah, bahkan ia juga bukan susunan umat Islam. Ia susunan Pope Gregory XIII - seorang ketua tertinggi bagi gereja Kristian Katolik.

Saya pernah menulis tentangnya di blog saya ustazusa.com

Jika nak dijadikan kalendar yang lebih saya sukai, maka kalendar hijri yang diasaskan pada zaman Umar al-Khattab pastilah lebih dekat di hati ini.

Pun begitu, secara susunan tahun dan pengurusan di Malaysia hari ini - kita menggunakan kalendar Gregory. Ia diguna untuk kita bayar gaji pekerja, bayar bil Unifi, tempoh waktu bayar saman, due date anak nak lahir, bahkan sehingga waktu period orang perempuan.

Maka, kalendar ini digunakan. Oleh itu, saya juga seringkali menjadikan kalendar ini sebagai panutan di dalam menentukan halatuju, mimpi dan impian hidup saya.

Sejak berumur 18 tahun, saya sudah mula menulis apa yang saya mahu buat dan dapatkan. Ya, terpengaruh dengan modul ketika di PLKN tahun 2007. Tetapi, biasanya saya hanya akan lakukan apabila tiba hari lahir sahaja.

Baca tulisan saya masa budak-budak ini: https://www.ustazusa.com/2010/12/apa-yang-kita-buat-masa-birthday.html 

Tapi, tahun ini saya rasa nak tulis dan refresh kembali mimpi dan cita-cita saya untuk menghadapi hari-hari berikutnya bersama kerjaya dan keluarga tercinta!

(1) Me

- Gaya hidup lebih sihat.
- Tidur berkualiti selama 6 jam sehari.
- Tulis minima 3 artikel 1 minggu.
- Tulis minima 1 buku 1 bulan.
- Terjemahkan minima 1 buku 1 bulan.
- Penuhkan jadual kuliah dari 30 kepada 50 kali sebulan
- Record dan upload semua kuliah di YouTube
- Beli Canon VIXIA HF R800 Camcorder & Boya Mic
- Pastikan tiada design cover buku yang pending

(2) My Company

- Pengurusan kewangan yang lebih teratur
- Laporan kewangan dan pengurusan secara bulanan
- Give more reward to our staff
- Lengkap 6 Roda Pengurusan (Admin, HR, Finance, Operation, Sale, Marketing)
- 7 Loyal & Good quality staff
- Get more profits in order to pay more taxes to the government
- Tingkatkan ilmu marketing dan pengurusan syarikat
- Bos-bos dapat gaji minima RM 4,000 bermula Januari.
- Penghujung tahun 2020, pemegang saham mula dapat dividen.
- Our Boss have her own private room.

--- ||| Santai Ilmu Publication |||

- Konsisten terbitkan 1 judul 1 minggu
- Usahakan dana cetakan kilang untuk judul terpilih
- Bayar royalti penulis.
- Tukar perjanjian yang lebih sesuai dengan penulis.
- Get 1,000 regular customers by the end of 2020
- Semak kembali kos POD supaya sesuai harga jualan.
- Dapatkan projek cetakan buku untuk penulis, pejabat kerajaan dan swasta.
- Kempen cetak PDF dengan harga yang sesuai.
- Improve quality dengan mesin dan tenaga kerja yang lebih baik.
- Betulkan mesin hard cover
- Beli Mesin: CUTTER RTE460R - 18" RM 6,500
- Beli Copier: Xerox D136 / Konica bizhub 751 RM 6,000
- Fokus bekalkan buku kepada Crescent News
- Fokus berikan manfaat kepada agen lama dan Dropship
- Agen lama kekal, Dropship tambah 25 orang setiap bulan.

--- ||| Aswan Educonsult |||

- Daftar kementerian kewangan
- Bantu kaunselor, PIBG, Ibubapa dan pelajar untuk peluang pengajian ke Timur Tengah dengan Fokus ARAB SAUDI.
- Dapatkan 1,000 database pelajar / ibubapa setiap bulan.
- Buat penerangan di sekolah menangah dan tahfiz secara percuma.
- Minima konsultasi - 1 hari, 2 orang.
- Mesir: Fokus Azhar (STAM), Ulum Islamiah (SPM), Iskandariah (Pergigian)
- Jordan: Perubatan dan Pengajian Islam (SPM)
- Mudahkan 100 permohonan ke Universiti Islam Madinah.
- Mudahkan 5 permohonan ke Pergigian Iskandariah.
- Mudahkan 20 permohonan ke Ulum Islamiah Azhar.
- Mudahkan 20 permohonan ke Jordan
- Reapplication untuk pelajar masih layak ke Madinah.
- Buat semakan status permohonan pelajar yang lebih tersusun melalui website.
- Taja seorang pelajar lepasan SPM ke Jordan.

(3) My Family

- Ajar anak-anak cara wuduk dan solat sempurna.
- 2 bulan sekali, outing!
- Umrah bersama.
- Pendapatan dapat bayar zakat.

Saya tulis sahaja apa yang ada dalam kepala ini. InsyaAllah selepas ni, kita improve supaya ia menjadi realiti bagi tahun 2020 ini.

Sebenarnya, banyak lagi yang saya tak tulis tetapi telah ada dalam catatan 18 September 2019 lalu.

Sahabat,

Saya faham bahawa, hidup ini adalah usaha. Ia perlukan pengorbanan dan perjuangan. Masa kita tidak lama di sini. Nanti, kita juga akan bertemu dengan-Nya.

Setiap yang kita lakukan adalah kerana tahu, kita akan mati. Al-Jumuah, ayat 8.

Moga-moga kerja bersungguh-sungguh kita di dunia ini akan menjadi manfaat besar buat kita di akhirat. Diri kita, kerjaya dan keluarga menjadi saham terbaik di akhirat.

Allahumma Amin.

Tiada yang kita mahukan, selain redha daripada Allah.

---------
Syihabudin Ahmad,
Hanya mampu merancang


No comments

Powered by Blogger.