Header Ads

test

ya Allah.. Ampunilah dosaku dan dosanya..


ust,knp ust kutuk perempuan
ust tau x mak ust tu perempuan jugak
ust lahir pun dr perempuan
klau ust x suka perempuan
ust pun x suka mak ust lah
nabi muhammad kan memulia kan perempuan
ust x ikut sunnah nabi muhammad S.A.W.

Bismillah ..

Baru-baru ini ana dikejutkan dengan sebuah komen yang tertera di Friendster ana ..
ust,knp ust kutuk perempuan
ust tau x mak ust tu perempuan jugak
ust lahir pun dr perempuan
klau ust x suka perempuan
ust pun x suka mak ust lah
nabi muhammad kan memulia kan perempuan
ust x ikut sunnah nabi muhammad S.A.W.

sebuah tuduhan yang amat memilukan hati ana, yang membuatkan ramai tertanya-tanya, malahan ana sendiri tak tidur lena dengan tuduhan yang terbit dari seorang murid ana tersebut.. moga Allah mengampunkan dia..

satu hakikat yang kita mesti tahu ialah.. ana ini adalaha manusia biasa yang mungkin silap dalam membuat pernyataan, tetapi,ana bukan seorang mujrim! Ana bukan seorang penjenayah agama sehingga antunna beri tuduhan sedemikian,
bayangkan dalam benak antum, bagaimana hati ini punah dan kesal apabila kata2 kesat ini keluar dari seorang pelajar? Betapa kecewanya hati ini bila kata-kata disalah fahami. Bahkan, atas dasar kemarahan yang bersalut kebencian, pelbagai fitnah dan nista ditaburkan pada jiwa yang kerdil ini..

mungkin ana bukanlah seorang guru yang baik untuk antum, tapi, ana tetap mengharapkan kebaikan akan keluar dari diri antum, biarlah ana mencontohi Rasulullah yang masih menanam harapan kepada penduduk taif walaupun Baginda sendiri diherdik, dimaki, bahkan dicerca..

bagi menjawab persoalan diatas, jika betul ana ada mengutuk perempuan, silalah kemukakan buktinya, bahkan ana bersedia menarik balik kata-kata ana jika ia benar-benar mengutuk perempuan, ana ingat akan sebuah hadis Rasulullah S.A.W :

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” (Riwayat Bukhari).


Seingat ana, hadis ini ana pernah bentangkan dalam kelas-kelas yang ana mengajar. Hadis ini adalah sebuah titik tolak kasih ana kepada wanita, cinta benar ana kepada seluruh wanita, malahanan cemburu benar dengan seorang wanita yang dinamai Fatimah bintun Muhammad, dia telah mencabar kredibiliti ana sebagai seorang lelaki, dia berjaya menjatuhkan air mata ana kerana keikhlasan dan kasih cintanya kepada Rasulullah S.A.W.

Ya Akh.. ana tak punya apa-apa kepentingan untuk mengutuk wanita,

nabi muhammad kan memulia kan perempuan
ust x ikut sunnah nabi muhammad S.A.W.


wahai Ukhti.. jika anti mengasihi nabi muhammad sepertimana ana mengasihinya, anti tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegini kerana anti telah menggunakan nama nabi kita yang kita kasihi untuk mempertahankan hujah fitnah anti..

ana mintak maaf pada Allah S.W.T atas kesalahan yang timbul dari sanubari ana., dan ana mohon keampunan atas diri ini dan diri pengkritik, moga Allah mengembalikan sinar kasih sayang antara kita,

Untuk semua para pemuda yang membaca tulisan ini, ana mengharapkan agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari kisah ini, ini bukanlah sebab mengapa kita perlu berbalah, Cuma ingin mempertahan perkara yang benar, ingatlah dalam surah al-israa ayat yang ke 81

81. dan Katakanlah:" telah datang kebenaran , dan hilang lenyaplah perkara Yang salah; Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap akan lenyap".


Akhir kalam, ana bukanlah seorang penulis, dan ana mmg tidak suka menulis, ana hanya menukilkan kata-kata Al-Quran dan Hadis agar kita kembali kepada keduanya...
Wallahu `Alam,

1 comment:

  1. Anonymous7/31/2009

    salam ustaz,

    ustaz mgkn x perasan

    kdg kala ustaz gurau

    blh sakit kan hati pljr

    lg2 perempuan......

    hati perempuan ni kan cpt t'sentuh

    ckp sikit blh t'rasa

    & smpai menitis air mata.

    wasalam..........

    ReplyDelete

Powered by Blogger.