hujung minggu ni, badan dakwah saudara kita, GAMIS akan mengadakan sebuah Konsert yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh mereka. Dengan niat yang ikhlas dan suci menyebarkan dakwah melalui seni suara, maka, pihak GAMIS dengan kerjasama beberapa pihak dari GO dan NGO yang lain bertukus lumus menyediakan konsert ini.Bagi saya, konsert ini mungkin konsert yang kedua terhebat setelah konsert di kelantan beberapa tahun yang lalu.


insya Allah kita akan melihat tamayyuznya ( perbezaan ) konsert ini dengan konsert-konsert yang lain. Tema kita Islam, Konsert kita Islamic, perjalanan konsert kita juga islamic maka, diharapkan, para pengunjung kita juga adalah tergolong dari SELURUH UMMAH iSLAM yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

siapa lagi yang akan mengimarahkan konsert KITA kalau bukan KITA.??

suka saya menekankan, bahawa, tamayyuz pasti akan berlaku dalam konsert KITA, kalau bukan secara total, tetapi majoritinya tetap ada.

Pengenalan Konsert
Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.


Tema
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam

Tempat
Stadium Malawati, Shah Alam
Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100
Juga boleh menderma untuk tiket kepada anak-anak yatim yang akan datang menyaksikan konsert pada malam tersebut

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.

segala permasalahan boleh rujuk di : http://gamisconcert.blogspot.com/